Friday, May 9, 2014

Lego Kereta Kebal Model: 91pcs

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya mengaku bahawa kemahiran Abang Abbudey membuat lego sekarang ini lebih hebat dari saya sendiri. Dia mampu untuk mengadap lama-lama dan siapkan sebuah model Lego. Alhamdulillah dapat fokus dan berusaha untuk lakukan sesuatu perkara.Mama dah tua, tak main lego dah


Ini adalah lego yang terbaru hadiah untuk Abang ABbudey sebab habis surah Al-Quran.
Model: Kereta Kebal
91 keping

harga: kurang dari RM10

mama tengok kecik2 ni pun dah pening

Membaca panduan membuat model kereta kebal


fokus dan tekun
netbook blkg tu sdg buka video bacaan Al-Quran




ALhamdulillah siap!

p/s: serban ikat sendiri

dah darjah 2 kan, mestilah pandai lilit serban sendiri




Koleksi hingga kini.
Semua buat sendiri, mama x mampu nak menolong
semua harga bawah rm10

Wednesday, May 7, 2014

Info buku: 101 Planes

بسم الله الرحمن الرحيم


Lama dah tal certia tentang info buku anak-anak kan?

Kali ni INsyaALLAH saya akan ceritakan buku yang dibeli oleh Abang Abbudey bulan lepas.

Buku pilihannya sendiri.

Setelah lama Abang Abbudey memendam rasa untuk membeli buku ini, alhamdulillah selepas habis Surah Al-Ahzab, buku ini menjadi milik ini.

buku ini


Beli di MPH.
Harganya hampir rm25




isi kandungan

arahan melihat kertas untuk menjadi kapal terbang pelbagai bentuk.
Ini untuk kapal terbang jenis after burner


              KLIK SINI UNTUK LIHAT LEBIH BANYAK AKTIVITI KRAF YANG MENARIK 

disediakan banyak jenis kertas dan warna dalam buku ini

setiap kertas adalah untuk kapal terbang yang khusus



pelbagai corak yang menarik


kertas corak ini untuk kapal terbang jenis afterburner

jenis yg lain pula

Abdullah pun nak juga cuba buat kapal terbang.
jenis scoop
Siap
kapal terbang biasa
jenis standard


masa untuk menerbangkan kapal terbang

Aksi Abang Abbudey menerbangkan kapa terbang

Monday, May 5, 2014

Craft: Too Many Robots !

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa minggu yang lepas, pada hari Rabu, selepas pulang dari sekolah, kami singgah sebentar ke AmanJaya Mall, Sungai Petani. 

Seronoknya pi shopping complex time tak cuti, tak ramai. Kami tak suka tempat yang ramai orang dan bising.

Sebenarnya untuk pergi ke kedai buku MPH yang besar di Amanjaya Mall. Anak-anak sangat suka kedai buku yang besar seperti itu, tapi taklah sebesar Kinokuniya di KLCC.

Antara barang-barang yang anak-anak beli ialah:
ini
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Too many robots
Bungkusannya menarik kan?

Ini Abang Abbudey pilih sendiri.
Kalau ditanya mengapa anak-anak saya sering dibelikan buku-buku dan barang-barang untuk mereka:

Jawapan saya:
Mungkin kerana mereka tidak duduk berjam-jam di hadapan games dan TV. Tiada Ipad tab dan seumpamanya untuk main games.

Jika diberi peluang, hanya main sebentar sahaja di laptop.

Dan TV hanya dibenarkan sebentar sahaja masa cuti.

Ini juga sebagai rewards kepada anak-anak.

harganya

bersemangat nak buka bila sampai rumah

Inilah barang-barangnya!

Kertas-kertas keras (macam kotak) untuk buat robot + activity book

Baca dan teliti dulu panduan sebelum membuat robot
Antara isi kandungan buku tersebut ialah:

penerangan tentang bahagian-bahagian robot










Menarik juga membuat robot-robot ini.
Berjam-jam anak-anak mengadap dan membuatnya sampai pening kepala, dan malam tu semua tidur awal. 

Satu lagi aktiviti senyap tapi membina kreativiti dan imiginasi


bahagian-bahagian robot itu mesti disambung dengan 'skru'2 seperti ini

tempat untuk masukkan skru

apabila disambungkan dua bahagian

diberikan banyak skru untuk spare part

Betapa bersungguh-sungguhnya anak merekacipta robot-robot ini:



kerjasama

hampir siap!

siap satu

ubah pula

design lagi

ubah lagi

adik seronok dengan rekaan robotnya

Anak-anak dengan too many robots


Alhamdulillah satu aktiviti yang bagus untuk anak-anak usia sebegini. Boleh dengar AL-Quran sambil-sambil duduk berjam-jam membuat robot ini. Alhamdulillah.

Saturday, May 3, 2014

Berkenalan lagi dengan ibu-ibu yang bersemangat mendidik anak-anak dengan Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

**** ini adalah entri tanpa gambar, tapi silalah baca dengan teliti =) (saja buat suspen)

Kalau dahulu saya pernah kongsikan Facebook rakan-rakan yang rajin beraktiviti dengan anak-anak, Alhamdulillah melalui alam siber ini juga, saya ramai berkenalan dengan ibu-ibu yang sangat bersemangat untuk menanamkan cinta AL-Quran dalam diri anak-anak.

ALhamdulillah satu usaha yang sangat baik.

Melihat ibu2 ini bersemangat mendidik anak-anak dengan Al-Quran, saya katakan kepada diri saya bahawa saya kena banyak update tentang perkembangan anak-anak dengan Al-Quran supaya ia terus menjadi pemangkin semangat kepada orang lain untuk tanamkan cinta Al-Quran kepada anak2. Dahulu fikir, kalau dok update ttg Al-Quran anak selalu, nanti orang cemuih pulak....huhu

Antara ibu-ibu ialah:

Blog yang cukup terkenal dengan semangat Ummu Muhammad mendidik anak-anak untuk cintakan Al-Quran. dan Anak2 UM pun telah berjaya menghafaz banyak surah-surah dalam Al-Quran.

Saya juga mendapat banyak info dan semangat dari tulisan Ummu Muhammad yang amat berfaedah kepada ibu-ibu lain InsyaALLAH


Ibu yang banyak berkongsi idea santai tentang perjalanannya mendidik anak cintakan Al-Quran. Hafaz dan memahami Al-Quran.

Dengan perkongsian yang segar, rasa mudah sahaja untuk ikut cara ibu ini mendidik anak cintakan Al-Quran.

Kehadiran ibu ini ke rumah saya tempohari sangat memberi banyak perkongsian dari pengalaman hidup.Ibu yang kreatif dan banyak idea.

Alhamdulillah ibu yang bersemangat mendidik anak seperti ini, InsyaALLAH menjadi kunci kepada anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat InsyaALLAH

Ustazah Ainun Mardhiah sungguh bersemangat mendidik anak-anak cintakan AL-Quran dan sering berkongsi pendapat dan persoalan dengan saya tentang cara-cara mendidik anak cintakan Al-Quran.

Seronok kami sekeluarga melihat kepintaran anak Ustazah Ainun Mardhiah, Muiz walaupun cuma singgah sebentar di rumah kami sebelum mereka sekeluarga menyampaikan forum di Kolej Universiti Insaniah, Kuala Ketil.

Saya lihat ada di antara mereka walaupun bukan dari latar belakang sekolah agama, bukan dari pengkhusussan agama, tapi itu bukanlah penghalang untuk mereka menanamkan cinta Al-Quran kepada anak2.

Tidak cukupkah kita sebagai orang Islam perlu menanamkan cintakan AL-Quran kepada anak-anak sejak dari kecil.

Ia bukan hanya tugasan yang perlu dilakukan oleh usaz-ustazah sahaja, malahan ibulah yang lebih mujarab dan berkesan pengajarannya kepada anak-anak lebih lagi dari ustaz ustazah kerana ibulah yang sering bersama anak-anak sejak lahir dan ibu bapalah yang tahu motif dan pandangan masa depannya terhadap anak-anak 

Alhamdulillah . saya lihat perkembangan semangat ibu-ibu ini mendidik anak dengan Al-Quran adalah satu perkembangan yang amat bagus, InsyaALLAH


Doa saya sentiasa untuk anak-anak ummat masa depan ini lebih cintakan Al-Quran dan membina generasi Islam yang kuat. Amin. Sudah2lah kita sedih melihat hiburan2 yang amat melampau masakini. Anak2 inilah penghibur hati kita yang perlu kita hindari dari unsur2 hiburan yg sedia ada sekarang.

Jujur saya katakan, saya amat seronok bila lihat ibu2 seperti mereka ini yg turut bersemangat berjuang untuk mendidik anak dengan Islam dan AL-Quran sejak dari kecil. 


**** Entri tanpa gambar, tapi InsyaALLAH banyak infonya. Silalah berkongsi lagi info tentang info ibu-ibu lain yang bersemangat mendidik anak cintakan Al-Quran.


Friday, May 2, 2014

Carilah penawar di dalam Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

Hidup kita sebagai manusia di atas muka bumi ini tidak terlepas dari kesibukan. Doanya moga kesibukkan itu mendekatkan kita dengan ALLAH. Amin.


Ketika menulis entri  DI SINI, ada dinyatakan walaupun sesibuk mana sekalipun kita, ambillah masa untuk tadabbur Al-Quran kerana AL-Quran itu adalah petunjuk dan penawar dalam perjalanan hidup kita menuju ALLAH.

Dalam ketika kemurungan akibat tekanan kesibukan pelbagai kerja, selepas subuh saya buka AL-Quran dan turn pada hari itu adalah untuk membaca Surah Asy- Syuara'

MasyaALLAH, ALLAH datangkan penawar dan jawapan kepada diri yang dilanda RIBUT KESERABUTAN DAN KESIBUKKAN dari ayat dan tafsiran Surah Asy-Syuara yang saya baca hari tersebut

Inilah ayatnya:


Kisah dalam ayat ini berkisar tentang perbualan Nabi Ibrahim ALaihis Salam dan kaumnya tentang ketuhanan. Dan apabila menerangkan tentang ALLAH, inilah kata Nabi Ibrahim ALaihis Salam kepada kaumnya menceritakan tentang sifat ALLAH subhanahu wa taala










Demikianlah penjelasan Nabi Ibahin ALaihis Salam tentang kebesaran ALLAH kepada kaumnya dan doa baginda.

Bolehlah anda sambung membaca Sura Ay-Suara' dan tafsirannya.

Apapun penawar yang saya dapat dari ayat tersebut ialah:

ALLAH itu Maha kuasa.

Kita manusia ini terlalu lemah

Janganlah kita terlalu bergantung kepada kuasa kita yang tidak seberapa ini dalam melakukan sesuatu kerja.

Jika tiada bantuan dari ALLAH, usaha kita tidak akan berjaya.

Selepas berusaha, tawakkal dan serahkan natijahnya kepada ALLAH

Redholah dengan natiah yang ALLAH berikan dari usaha kita.

Janganlah over worried!!

(semua nasihat ini lebih kepada penulis entri ini!)

Benarlah dengan mengingati ALLAH hati akan tenang.





Moga ALLAH berikan ketenangan dan permudahkan segala urusan kita.

Untuk tafsiran Surah Asy Syuara', boleh rujuk di sini:


Walaupun bagaimana down sekalipun keadaan kita pada suatu kita, doa saya moga ALLAH gerakkan hati kita untuk selalu kembali dan mengadu kepadaNya, Amin YA Rabb


P/S: Kebanyakan entry dalam blog ini adalah auto-published, ditulis pada masa lapang dan disiarkan pada tarikh yang ditetapkan.


Alhamdulillah malam tadi selepas Maghrib sempat habiskan Surah Al-Kahfi dengan anak-anak. Moga kita semmua beroleh berkat ALLAH di Hari Jumaat ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...