Sunday, June 10, 2018

Pengalaman pertama anak-anak menjadi imam di masjid

بسم الله الرحمن الرحيم


Tahun ini adalah tahun pertama anak-anak didedahkan untuk menjadi imam di khalayak masyarakat.

Memang dari sebelum Bulan Ramadhan lagi, baba dah pesan supaya anak-anak kerap berlatih menjadi imam di rumah dan sering memperbetulkan bacaan Alquran.

Latihan dan teguran sering diberikan sebelum dilepaskan menjadi imam di khalayak ramai.

Alhamdulillah walaupun pada awalnya ada rasa gementar dalam hati mereka, namun lama-kelamaan mereka dapat membiasakan diri untuk menjadi imam.

*Gambar yang diwhatsapp oleh AJK Surau Mutmainnah, Kulim* Berilah peluang kepada generasi muda kita untuk berlatih membina kekuatan dan keyakinan diri agar mereka dapat menjadi generasi pelapis yang cemerlang insyaAllah

Menemani baba moreh selepas terawih.

Pada malam tersebut Abdullah tidak bersama kerana tidak sihat.

Malam sebelumnya, Abdullah dapat menjadi imam terawih untuk 2 rakaat sahaja kerana batuk teruk.

Mereka membaca Surah Toha pada malam tersebut.

Beberapa malam sebelum itu mereka membaca Surah Al Israa' Dan Al  Kahf ketika menjadi imam terawih


Semoga anak-anak kita dapat menjadi ikutan bagi orang yang bertaqwa.

Thursday, June 7, 2018

Perkembangan Bahan Bacaan Anak-Anak

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah. Satu lagi status peribadi di Whatsapp yang memberikan idea untuk menulis blog.


Saya kongsikan status ini di dalam whatsapp seterusnya membawa kepada perbincangan yang menarik dengan rakan.

Sembang-sembang menarik bersama Puan Ummu Muhammad yang saya kenali dari alam blog ( http://attuffahumairah.blogspot.com/ ) yang selalu berkongsi tentang ilmu membuatkan anak-anak mesra dengan Al-Quran, dan sering juga membeli barangan yang dijual, sekarang ini mesra dengan panggilan Leen, namun tak pernah kami berjumpa.



Sebenarnya sudah lama terlintas dalam minda saya tentang perkembangan bahan bacaan anak-anak, namun saya tak ingat pula saya jika saya pernah kongsikan ia dalam blog ataupun tidak.


Seperti mana selera kita berubah seiring meningkatnya usia kita, begitu juga dengan pilihan bahan bacaan kita. Sebagai contoh, kalau dahulu ketika kanak-kanak kita sukakan makanan yang bergoreng, mungkin di usia dewasa ini, kita lebih senang makan sayur-sayuran dan ulam-ulaman.

Begitu juga dengan pilihan bahan bacaan.

Saya lihat perkembangan genre bahan bacaan berubah-ubah mengikut pertambahan usia kita.

Saya ringkaskan seperti dalam visual di bawah ini:

Pada ketika awal usia kanak-kanak sekitar usia 2-3 tahun, anak-anak berminat dengan
buku aktiviti.

Banyak info tentang buku aktiviti yang pernah dikongsikan dalam blog ini seperti:

http://cinta-rasul.blogspot.my/2013/05/info-buku-i-can-cut-n-paste-scissor.html

http://cinta-rasul.blogspot.my/2013/01/buku-aktiviti-cut-and-paste.html

http://cinta-rasul.blogspot.my/2013/04/info-buku-1000-stickers-animals-book.html

Selepas itu, apabila mereka sudah pandai membaca, mereka beralih pula pada buku bacaan yang menarik.
Gambar yang besar dan berwarna warni
Tulisan yang besar dan kebiasaanya dwi warna membuatkan mereka mudah membaca.

Seperti buku-buku yang pernah dikongsikan di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.my/2014/05/info-buku-allah-sayang-kita.html

http://cinta-rasul.blogspot.my/2014/06/info-buku-mengapa-saya-berani.html

http://cinta-rasul.blogspot.my/2013/12/info-buku-akhlak-anak-muslim-siri-2.html


Kini mereka berminat dengan komik yang tulisannnya lebih kecil dan banyak serta novel.

Contohnya di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.my/2015/10/melatih-anak-anak-membaca-buku-tanpa.html

http://cinta-rasul.blogspot.my/search/label/belajar%20membaca%20BM

http://cinta-rasul.blogspot.my/2013/11/info-buku-anak-anak-janji-aiman.html


Namun sentiasa dipesan kepada mereka agar memilih komik dan novel yang baik.

Tiada unsur haram.

Tiada watak wanita yang tidak senonoh.

Tiada unsur-unsur cinta.

Sentiasa memantau bahan bacan yang dibeli bersama di kedai.

Apabila meningkat dewasa, kita lebih berminat dengan bahan bacaan ilmiah serta
kisah benar seperti travelog.

Banyak entri yang saya tulis tentang ini boleh dibaca di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.my/search/label/tentang%20buku.

Minat saya terhadap komik dan novel sudah hilang


Demikianlah pendapat saya.







Cubaan juga untuk tidak mengikut hawa nafsu membeli banyak buku namun sekadar hiasan.

Usaha untuk membaca buku-buku yang ada dan kurangkan membeli buku baharu selagi buku yang dibeli tidak dibaca.

Membaca itu amalan mulia namun membazir itu sifat syaitan.

http://cinta-rasul.blogspot.my/2014/06/galakkan-anak-anak-membaca.html

entri tentang cara menggalakkan anak-anak membaca


Semoga minat membaca mendekatkan kita kepada ALLAH.

Amin...

Monday, June 4, 2018

Info Buku: Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku kali ini hampir sama dengan buku INI SEKOLAH KITA yang pernah ditulis reviu di sini:

Beberapa penulis dalam buku ini juga adalah orang yang sama, namun bezanya buku ini lebih pelbagai ceritanya dan buku ini sekolah kita lebih fokus kepada kisah sekolah sukarelawan Malaysia untuk anak-anak pelarian Syria di Jordan.

Bukan buku novel,
sebaliknya kisah benar tentang kerja sukarelawan
membantu pelarian Syria di Jordan



Sungguh apabila sampai di tengah buku ini, saya tak sanggup nak teruskan bacaan. Sebagaimana saya tidak mampu melihat gambar dan video peperangan dan kematian. Amat sadis!

Sedih dengan penderitaan saudara seagama kita di sana.

Allah...


Sungguh saya terbayang, tak sanggup rasanya jika diuji ujian sebegitu..Allah...Sangat perit. Namun Allah jualah yang Maha Mengetahui hikmah di sebalik ujian yang menimpa. Ganjarannya adalah syurga.

Alhamdulillah selesai juga baca buku ini. Ia tentang semangat dan matlamat untuk memartabatkan kemanusiaan



Buku ini sarat dengan perkongsian pengalaman anak-anak muda yang menjadi sukarelawan membantu pelarian Syria di bumi Jordan di samping melanjutkan pelajaran di Jordan.

Sungguh ia kerja yang besar.

Buku ini juga membuka minda pembaca tentang kerja-kerja sukarelawan yang penuh ujian.


Keistimewaan buku ini juga terletak pada gambar-gambar yang berwarna warni, namun adakalanya amat menyayat hati.






Diakhir bacaan buku ini saya terbayangkan anak-anak pelajar yang agak nakal di Maahad kerana di awal buku ini penulis menceritakan pengalaman beliau yang nakal di alam Sekolah menengah di Kelantan, namun apabila beliau menyambung pengajian di peringkat universiti di Jordan, beliau menjadi insan yang hebat dan banyak membantu kerja sukarelawan dan mengasaskan badan kebajikan untuk membantu pelarian Syria di Jordan.


Allah.. Tersemat doa dalam hati agar anak-anak di Maahad juga mampu menjadi orang yang hebat dan mulia di sisi Allah.. Amin..

Saturday, June 2, 2018

Merakam prestasi anak-anak?

بسم الله الرحمن الرحيم


Walaupun sudah lebih 11 tahun berterusan menulis dalam blog ini, sebenarnya banyak juga hasil tulisan dan memori yang semakin dilupa.

Contohnya tentang prestasi anak-anak di sini:

Lama rasanya tak buka entri ini, bila terbuka pada beberapa hari yang lalu, beberapa perkara yang saya fikirkan:

1. Banyak tahun tak update tentang prestasi anak-anak. Lalu saya cuba update beberapa tahun yang lalu yang tidak diupdate

2. Merenung kembali dan bersyukur atas nikmat Allah yang memberi peluang keemasan untuk anak-anak ini melakar memori indah kejayaan dalam hidup mereka.

Semua ini tidak lain hanyalah kurniaan dari Allah Subhanahu Wa Taala.

Jika bukan kerana anugerah Allah, tiada nikmat yang mampu kita kecapi.

Alhamdulillah...

Johan hafazan Al Quran kategori 3 juz

Manisnya kejayaan yang dikecapi oleh Abang Abbudey dalam pertandingan hafazan Al Quran Itqan di UIAM pada bulan lalu.

Lama sudah Abang Abbudey tidak merasai kejayaan seperti ini.

Ia amat meningkatkan keyakinan dirinya dan memberi motivasi.

Moga Allah berkati dan jauhkan dari segala keburukan.

Bersama barisan pemenang



3. Walaupun kejayaan ketika zaman kanak-kanak dianggap kecil bagi sesetengah orang, namun bagi saya, ia adalah suatu perkara yang besar dalam perjalanan hidup, ibarat mendaki tangga-tangga kejayaan, sedikit-sedikit hingga ke puncak. Amin..


4. Ada ketikanya anak-anak menang dalam pertandingan.

Ia memberi aura positif dalam diri mereka dan meningkatkan keyakinan diri mereka.

Ada ketika juga mereka gagal dalam pertandingan, namun ada juga kebaikannya insyaAllah.

Agar mereka menjadi lebih kuat mengharungi pahit getir kehidupan dan agar mereka lebih merasakan manisnya kejayaan yang dicapai.


5. Sentiasa terus berdoa bersungguh-sungguh agar anak-anak terus melakar kecemerlangan di dunia dan akhirat.

Buktikanlah bahawa Orang Islam sentiasa mampu untuk cemerlang.

Jadilah cemerlang kerana Allah.

Amin...

Friday, June 1, 2018

Perkembangan Ahmad Zaid (2 tahun 4 bulan)

بسم الله الرحمن الرحيم

**Catatan ini adalah untuk merekod memori ketika anak-anak masih kecil yang pasti akan dirindui pada masa akan datang.


24/2/2018

1- SUKA BERLAKON SOLAT

Dia sebut "Allahu Akbar" dan angkat takbir, kemudian rukuk dan sujud.


2- PANDAI JELASKAN PERASAAN DAN PENDAPATNYA

Bila makan yang disukainya, Ahmad akan sebut:
"Dapp..." dengan penuh perasaan.

Kalau ajak mandi atau tukar pampers, sering sebut.
"Mau!" maksudnya tak mau.

Bila buka laci abang, dan nampak barang mainan yang abang sorok, dia akan sebut:
"Wow."

Pandai nyatakan permintaannya:
"Nak cikk ayam." : Nak nasik ayam

"Nak ayaq.."

Kadang-kadang tak faham apa yang diingininya..


3- SUKA ULANG-ULANG AYAT DENGAN NADA IRAMANYA SENDIRI
"Baby  Akimm... " Ahmad ulang sebut banyak-banyak kali nama baby di nursery



4- PANDAI NAK MENGADU BAGITAU MAMA DAN BABA
Dengan suara sedih, dia sebut:
"Mama.... abang..." memberitahu bahawa mengacaunya


5- BACA BISMILLAH.
Ahmad Zaid pandai baca bismillah dengan ayat yang terpotong-potong


Semoga Ahmad Zaid bersemangat menghafaz AlQuran dan menuntut ilmu seperti abang-abang juga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...