Monday, June 4, 2018

Info Buku: Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi

بسم الله الرحمن الرحيم

Buku kali ini hampir sama dengan buku INI SEKOLAH KITA yang pernah ditulis reviu di sini:

Beberapa penulis dalam buku ini juga adalah orang yang sama, namun bezanya buku ini lebih pelbagai ceritanya dan buku ini sekolah kita lebih fokus kepada kisah sekolah sukarelawan Malaysia untuk anak-anak pelarian Syria di Jordan.

Bukan buku novel,
sebaliknya kisah benar tentang kerja sukarelawan
membantu pelarian Syria di Jordan



Sungguh apabila sampai di tengah buku ini, saya tak sanggup nak teruskan bacaan. Sebagaimana saya tidak mampu melihat gambar dan video peperangan dan kematian. Amat sadis!

Sedih dengan penderitaan saudara seagama kita di sana.

Allah...


Sungguh saya terbayang, tak sanggup rasanya jika diuji ujian sebegitu..Allah...Sangat perit. Namun Allah jualah yang Maha Mengetahui hikmah di sebalik ujian yang menimpa. Ganjarannya adalah syurga.

Alhamdulillah selesai juga baca buku ini. Ia tentang semangat dan matlamat untuk memartabatkan kemanusiaan



Buku ini sarat dengan perkongsian pengalaman anak-anak muda yang menjadi sukarelawan membantu pelarian Syria di bumi Jordan di samping melanjutkan pelajaran di Jordan.

Sungguh ia kerja yang besar.

Buku ini juga membuka minda pembaca tentang kerja-kerja sukarelawan yang penuh ujian.


Keistimewaan buku ini juga terletak pada gambar-gambar yang berwarna warni, namun adakalanya amat menyayat hati.






Diakhir bacaan buku ini saya terbayangkan anak-anak pelajar yang agak nakal di Maahad kerana di awal buku ini penulis menceritakan pengalaman beliau yang nakal di alam Sekolah menengah di Kelantan, namun apabila beliau menyambung pengajian di peringkat universiti di Jordan, beliau menjadi insan yang hebat dan banyak membantu kerja sukarelawan dan mengasaskan badan kebajikan untuk membantu pelarian Syria di Jordan.


Allah.. Tersemat doa dalam hati agar anak-anak di Maahad juga mampu menjadi orang yang hebat dan mulia di sisi Allah.. Amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...