بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah. Satu lagi status peribadi di Whatsapp yang memberikan idea untuk menulis blog.
Saya kongsikan status ini di dalam whatsapp seterusnya membawa kepada perbincangan yang menarik dengan rakan. |
Sembang-sembang menarik bersama Puan Ummu Muhammad yang saya kenali dari alam blog ( http://attuffahumairah.blogspot.com/ ) yang selalu berkongsi tentang ilmu membuatkan anak-anak mesra dengan Al-Quran, dan sering juga membeli barangan yang dijual, sekarang ini mesra dengan panggilan Leen, namun tak pernah kami berjumpa.
Sebenarnya sudah lama terlintas dalam minda saya tentang perkembangan bahan bacaan anak-anak, namun saya tak ingat pula saya jika saya pernah kongsikan ia dalam blog ataupun tidak.
Seperti mana selera kita berubah seiring meningkatnya usia kita, begitu juga dengan pilihan bahan bacaan kita. Sebagai contoh, kalau dahulu ketika kanak-kanak kita sukakan makanan yang bergoreng, mungkin di usia dewasa ini, kita lebih senang makan sayur-sayuran dan ulam-ulaman.
Begitu juga dengan pilihan bahan bacaan.
Saya lihat perkembangan genre bahan bacaan berubah-ubah mengikut pertambahan usia kita.
Saya ringkaskan seperti dalam visual di bawah ini:
Pada ketika awal usia kanak-kanak sekitar usia 2-3 tahun, anak-anak berminat dengan buku aktiviti. Banyak info tentang buku aktiviti yang pernah dikongsikan dalam blog ini seperti: http://cinta-rasul.blogspot.my/2013/05/info-buku-i-can-cut-n-paste-scissor.html http://cinta-rasul.blogspot.my/2013/01/buku-aktiviti-cut-and-paste.html http://cinta-rasul.blogspot.my/2013/04/info-buku-1000-stickers-animals-book.html Selepas itu, apabila mereka sudah pandai membaca, mereka beralih pula pada buku bacaan yang menarik. Gambar yang besar dan berwarna warni Tulisan yang besar dan kebiasaanya dwi warna membuatkan mereka mudah membaca. Seperti buku-buku yang pernah dikongsikan di sini: http://cinta-rasul.blogspot.my/2014/05/info-buku-allah-sayang-kita.html http://cinta-rasul.blogspot.my/2014/06/info-buku-mengapa-saya-berani.html http://cinta-rasul.blogspot.my/2013/12/info-buku-akhlak-anak-muslim-siri-2.html Kini mereka berminat dengan komik yang tulisannnya lebih kecil dan banyak serta novel. Contohnya di sini: http://cinta-rasul.blogspot.my/2015/10/melatih-anak-anak-membaca-buku-tanpa.html http://cinta-rasul.blogspot.my/search/label/belajar%20membaca%20BM http://cinta-rasul.blogspot.my/2013/11/info-buku-anak-anak-janji-aiman.html Namun sentiasa dipesan kepada mereka agar memilih komik dan novel yang baik. Tiada unsur haram. Tiada watak wanita yang tidak senonoh. Tiada unsur-unsur cinta. Sentiasa memantau bahan bacan yang dibeli bersama di kedai. Apabila meningkat dewasa, kita lebih berminat dengan bahan bacaan ilmiah serta kisah benar seperti travelog. Banyak entri yang saya tulis tentang ini boleh dibaca di sini: http://cinta-rasul.blogspot.my/search/label/tentang%20buku. Minat saya terhadap komik dan novel sudah hilang |
Demikianlah pendapat saya.
Cubaan juga untuk tidak mengikut hawa nafsu membeli banyak buku namun sekadar hiasan.
Usaha untuk membaca buku-buku yang ada dan kurangkan membeli buku baharu selagi buku yang dibeli tidak dibaca.
Membaca itu amalan mulia namun membazir itu sifat syaitan.
http://cinta-rasul.blogspot.my/2014/06/galakkan-anak-anak-membaca.html entri tentang cara menggalakkan anak-anak membaca |
Semoga minat membaca mendekatkan kita kepada ALLAH.
Amin...
No comments:
Post a Comment