Saturday, November 14, 2026

BACAAN SANTAI HUJUNG MINGGU.

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 8/11/2026


KOMIK 1: MADRASAH BEST.


Realiti kehidupan pelajar di madrasah. Ada pahit manisnya. Banyak kisah dan pengajaran boleh diambil.










KOMIK 2: YANG TAHU JE TAHU:


Manisnya bila bersama anak kecil. Di sebaliknya ada CABARAN-CABARAN yang dilalui kebanyakan ibu bapa. Disampaikan secara santai, dalam bentuk komik.






Menjaga anak kecil perlu kepada FOKUS dan TENAGA. Cabaran ketika anak meningkat remaja lain isunya. Begitulah kehidupan, tak pernah kering dari ujian dan cabaran.


Melihat kasih sayang ibu ayah dalam komik ni mengingatkan pada hadis:

 ((Sesungguhnya kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya melebihi kasih sayang seorang ibu ini terhadap anaknya.))


رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Friday, November 13, 2026

AL QURAN TAFSIR, NIKMAT YANG BESAR.


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 8/11/2024


Ketika tasmik Al Quran, selain betulkan bacaan dan tajwid pelajar, adakalanya timbul dalam fikiran makna perkataan dalam Al Quran yang kita tak tahu/ lupa?


Alhamdulillah hampir kesemua pelajar gunakan Quran tafsir. Mudah dirujuk.



Seingat-ingat zaman 90an dulu SUKAR nak jumpa Al Quran sebegini. Setakat yang saya tahu tak ada lagi Al Quran tafsir sebegini ketika itu.


Yang kami rujuk ialah TAFSIR PIMPINAN AL QURAN yang sangat tebal dan berat, tapi bukan ikut susunan Al Quran hafaz (15 baris satu mukasurat/ 604 m/s.)

Thursday, November 12, 2026

KETABAHAN HATI IBU AYAH.


 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 6/11/2024



Pernah sama-sama tonton dengan suami video Habib Ali Jefri dan Sheikh Saied Kamali tentang KETABAHAN HATI IBU BAPA kepada anak-anak yang hafaz Al-Quran. (Yang faham Bahasa Arab boleh tonton dalam You Tube, ambillah pengajaran yang positif).



Bukan anak-anak yang hafal Al Quran saja yang perlu tabah hafal sehingga sempurna 30 juz dan dapat ingat dengan baik. Kita ibu ayah juga perlu main peranan, ketabahan kita, beri motivasi, semangat, sokongan contoh teladan yang baik dan doa.


Makin banyak juzuk hafal, makin berganda tanggungjawab untuk jaga hafazan Al-Quran. Semuanya dalam timbangan kebaikan, insyaallah.

Wednesday, November 11, 2026

CARA MELIHAT NIKMAT

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 5/11/2024


Nikmat yang kita dapat HARUSLAH kita kaitkan dengan PEMBERI NIKMAT.



Kita bukanlah siapa-siapa, tapi Allah tetap beri limpahan nikmat kepada kita, tanda kasih sayangNya kepada hambaNya.

Tuesday, November 10, 2026

BILA SEDIH.....


بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 5/11/2024


Sebagai manusia normal, pasti ada masa kita dilanda sedih (walaupun adakalanya tanpa sebab kan?😅🙃).


Paling penting, CUBALAH keluar dari belenggu kesedihan, syaitan suka la tu kita sedih lama-lama, melemahkan kita. Antaranya ialah dengan:


- Buat kerja-kerja lain, kemas rumah, baca buku, bersenam, bersembang, dengar kuliah banyak supaya minda kita TERBUKA, tak fokus pada kesedihan kita saja.


- Dapatkan nasihat orang yang dipercayai, boleh bagi semangat sedikit sebanyak.


- Amalkan doa MENGHILANGKAN KESEDIHAN yang Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ajar. Ada banyak doanya. Ini salah satunya:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...