Tuesday, March 31, 2026

Rahsia doa secara rahsia

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/7/23


Dalam ketulusan doa kita saban hari, sematkan juga doa untuk mereka yang PERNAH HADIR dalam hidup kita.



Ibu ayah, adik beradik, guru-guru, saudara mara, rakan-rakan, murid-murid. Moga Allah permudahkan urusan kehidupan mereka serta perkenankan permintaan mereka dunia dan akhirat.


Kejayaan yang kita kecapi mungkin juga kerana Allah perkenankan doa MEREKA yang kita TIDAK TAHU.

Sunday, March 29, 2026

Bahagia seorang guru.

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/7/23


Menjadi GURU ibarat melalui mesin masa - melihat progress dan kejayaan pelajar tahun demi tahun.


Allah tentukan rezeki kami berdua mengajar di SMAI Islah selepas habis kuliah 15 tahun lalu, kemudian di TM.



Kini bahagia melihat kejayaan pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang masing-masing, malah yang turut menjadi generasi pelapis menyebarkan ilmu-ilmu Al Quran.

Friday, March 27, 2026

Menginsafi kelalaian mendidik anak-anak.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/7/23


Pernah dulu menangis bila baca blog rakan yang kongsikan aktiviti homeschool bersama anak-anaknya. Merasa KELALAIAN DIRI SENDIRI dalam mendidik anak-anak. 


Sejak itu cuba untuk teladaninya. Moga dapat beri manfaat kepada orang lain juga.


Namun pelbagai rasa hati ketika berkongsi di medsos, adakala semangat, adakalanya malu sendiri. Kita sering DIUJI dengan apa yang kita cakap/ kongsikan.



Bagi yang ingin baca perkongsian kami yang tak seberapa, buku boleh dibeli di SHOPEE dan blog ini .

Wednesday, March 25, 2026

Berpenat mendidik anak

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/7/23


Setuju dengan post ini. Yang datang bersama anak itu adalah REZEKINYA, NIKMAT dan AMANAH buat kita.




Bila baca biografi ulama dulu dan kini, seperti Al Bukhari, Asy Syafie, Sheikh. Said Ramadhan Al Buthi, Sheikh. Abul Hassan Ali An Nadwi, disebut jasa DIDIKAN IBU AYAH mereka ketika kecil.



Moga Allah permudahkan kita untuk laksanakan pelbagai AMANAH-AMANAH yang dipertanggungjawabkan.

Sunday, March 22, 2026

Apa ertinya KELUARGA?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/7/23


KELUARGA, 

Ia tentang kasih sayang, harapan, perancangan, saling menguatkan, doa.



Bertonggakkan firman Allah:

(( Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah DIRI kamu dan KELUARGA kamu dari neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu (berhala).))


Berkeluarga, bukan setakat di dunia.




Friday, March 20, 2026

Bagaimana nak kekalkan semangat menghafaz Al-Quran anak-anak ?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/7/23


Hafaz Al-Quran itu BANYAK dan perlu semangat BERTERUSAN. Seingat-ingat masa kecil dulu, setiap habis hafal 1 juzuk, abah bagi RM100.


Untuk Ahmad, kalau nak keluar main bola, habiskan hafazan dulu. Murajaah 5 mukasurat dan hafazan baru.



Ahmad tak dapat ingat kalau hafal malam. Better hafal lepas balik sekolah. LAIN ORANG LAIN CARANYA. Ada juga hadiah-hadiah yang Ahmad TARGET bila habis surah/ juzuk. Kasut bola baru, bola baru....


Begitulah juga Abdullah dan Abdul Rahman masa kecil. Paling utama, jangan tinggalkan nama-nama anak dalam doa kita.

Monday, March 16, 2026

PERLU HAFAL AL-QURAN DULU ATAU FAHAM DULU?

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 1/7/2023



Selepas 2 hari sibuk berkorban + kayuh 🚲, hari ni sambung ulangan hafazan. Esok nak sekolah, jangan dok ghalit.



PERLU HAFAL AL-QURAN DULU ATAU FAHAM DULU?


"Sebenarnya soalan ini tak boleh ditanya secara umum kerana perkembangan otak manusia BERBEZA-BEZA. 



Kanak-kanak amat mudah menghafal berbanding orang dewasa, perlu digunakan kelebihan itu. Berbanding nak suruh faham Al Quran dulu. Insyaallah makin besar, makin diajar untuk faham Al Quran.


Imam Asy Syafie juga hafal Al Quran ketika kecil." Dr. Tareq Sweidan.

Saturday, March 14, 2026

UJIAN KITA

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 1/7/23


Semua kita ada ujian. 


Pohonlah kepada Allah semoga dengan ujian yang kita alami ini, diri dapat bersabar dan ia menjadi penghapus dosa dan kemudahan untuk berlari ke Syurga.



Doa yang Nabi SAW ajar:

وأسألُكَ أن تجعلَ كلَّ قَضاءٍ قضيتَهُ لي خيرًا


"Dan aku memohon kepadaMu agar Engkau jadikan setiap ketentuan yang Engkau putuskan kepadaku itu baik untukku." HR Muslim.

Thursday, March 12, 2026

Rutin-rutin kecil yang membahagiakan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/6/23


Semakin meningkat usia, semakin kita mudah merasa BAHAGIA pada RUTIN-RUTIN KECIL seperti makan bersama. Bahagia itu sederhana. Alhamdulillah.



Doa yang Rasulullah SAW ajarkan (kami baca setiap pagi ketika berjalan 👣 ke sekolah):


اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ، وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ، وَفَجْأَةِ نِقْمَتِكَ، وَجَمِيعِ سَخَطِكَ

Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari LENYAPNYA NIKMATMU, hilangnya kesejahteraan, datangnya azabMu secara tiba-tiba, dan dari semua kemurkaanMu. (HR. Muslim)

Tuesday, March 10, 2026

KISAH DI SEBALIK PERTANDINGAN PIDATO

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/6/23


Ada kisah di sebalik kejadian bulan lepas.


Sebenarnya bila ustazah halaqah pilih Ahmad untuk masuk pertandingan pidato, Ahmad sangat TAK MAU. 


Tiap-tiap hari bising kat rumah: TAK MAU MASUK PIDATO.😑



Saya percaya ada KEBERKATAN ALLAH pada mentaati guru.



"Abang Abbudey n Abdullah pun biasa masuk pertandingan khutbah masa PASTI dulu, lagi kecik dari Ahmad. Ahmad kenalah cuba."


Alhamdulillah Ahmad dapat johan pidato.

Sunday, March 8, 2026

Sayangkan buku

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/6/23


Gembira hati bila ada pelajar yang sukakan buku😁. 


"Ustazah, boleh kami tolong balut buku di Maktabah, sayang kalau buku rosak." 



Antara harapan saya moga ada generasi remaja ini yang cintakan ilmu dan buku, dapat memberi manfaat kepada masyarakat melalui pembacaan.


Di sebalik BACA itu ada banyak manfaat buat diri pembaca dan masyarakat, insya Allah.

Friday, March 6, 2026

Prinsip dalam baca buku

 بسم الله الرحمن الرحيم 

Entri ini ditulis pada 18/6/23


Prinsip saya dalam membaca buku: Kongsikanlah reviu buku yang baik di medsos anda.



SATU: Ia memberi sokongan kepada penulis untuk terus berkarya. Kalau kita mahu terus membaca karya penulis yang baru di masa hadapan, berikanlah sokongan.













DUA: Ia membantu pembaca yang mencari buku yang baik untuk dibaca. 

Baca dan kongsikanlah reviu. Ia BERMANFAAT. Sungguh.


Wednesday, March 4, 2026

NILAI KESIHATAN.

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 9/6/23


Ketika zaman kanak-kanak dulu: Pernah berdoa supaya kena demam kerana jelous dengan adik beradik yang boleh merap bila demam.😅 


Kita setahun sekali pun susah nak kena demam.



Bila usia menghampiri 40: Kalau dapat bangun pagi TANPA sakit, dengan bertenaga, ia amatlah berharga dan disyukuri.

Monday, March 2, 2026

Motivasi untuk terus bersemangat menghafaz Al-Quran.

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 8/6/23



Untuk memberi motivasi kepada Ahmad untuk terus bersemangat hafaz Al-Quran ketika cuti hari tu, saya tunjukkan buku hafazan Abang Abbudey ketika darjah 4, 2016 dulu. Ketika itu Abbudey dah hafal 16 juzuk.



 Walaupun Abang Abbudey sudah khatam, tak beerti boleh berehat mengulang hafazan, kalau tinggal murajaah, pasti akan LUPA hafazan, sayangnya.


Seperti abang-abang 2 orang dulu, kami beri motivasi untuk terus bersemangat hafaz Al-Quran dengan beri ganjaran jika capai target hafazan. Begitulah juga Ahmad.



Usia kanak-kanak adalah masa keemasan untuk banyak belajar dan hafaz Al-Quran, sayang jika dipersiakan.


Perlu fokus, terus berusaha dan tak jemu berdoa kepada Allah semoga Allah permudahkan perjuangan mereka bersama Al Quran 🤲🏻.


Semoga semua anak-anak/ pelajar sentiasa bersemangat hafaz dan JAGA HAFAZAN. AMIN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...