بسم الله الرحمن الرحيم
Musim cuti sudah makin hampir ke penghujungnya. Musim cuti ini sebenarnya adalah peluang untuk sama2 gotong royong dengan anak2 di rumah.
Oleh kerana Abang Abbudey sudah biasa melakukan tugasan kebersihan di sekolah, jadi tak sukar untuk minta Abang Abbudey tolong2 bersihkan rumah.
Jadi mudahlah kerja bila ada anak2 yg tolong sapu sampah, sapu habuk, mop lantai, buang sampah, tukar plastik sampah, basuh pinggan dan lain2 lagi.
Abang Abbudey cuba utk bersihkan habuk kipas biliknya, tapi x sampai. |
adik menunjukkan skillnya menyapu sampah |
Kerana kalau tidak disuruh, dilatih dan diajar sekarang, perkara yang mudah seperti kutip sampah, tukar plastik sampah, tiada siapa yang nak buat.
Jadi, dari kecil inilah patut dilatih buat kerja seperti itu, lagi2 time cuti ni byk masa yg terluang. Ajar menjadi orang yang bersih dan sukakan kebersihan
sgt rajin sampai aquarium pun nak sapu habuknya....sampai bertempiaran ikan2 lari ketakutan. huuhu |
bersihkan ruang tamu. lepas tu mop pulak Alhamdulillah... senangnya rasa (hati) sebab ada pembantu tolong kemas rumah =) |
Biarlah sama2 membersihkan rumah, barulah rasa seronok dan bekerjasama. Nanti anak2 akan sayang nak buat sepah sebab mereka yg kemas rumah bg bersih.
ada kalanya tolong2 di dapur. banyak ilmu yg boleh diajar dari dapur |
ALhamdulillah.......
Alhamdulillah...
ReplyDeleteUntungla siapa dapat jadi suami ni... hehehehe...
Amin... moga mereka menjadi suami yg soleh kepada isteri yg solehah...amin3
Delete