Tuesday, June 18, 2013

Anak menghafaz Al-Quran menggunakan aplikasi Al-Quran dalam Sony Ericsson

بسم الله الرحمن الرحيم

Kali ini ingin menyambung tentang penggunaan aplikasi Al-Quran dalam HP Sony Ericsson yang pernah dicatatkan di sini

Seperti yg saya pernah tulis DI SINI dan DI SINI bahawa anak2 akan mengulang Al-Quran sewaktu perjalanan ke sekolah.

Kali ini kita lihat Abang Abbudey yang mendengar bacaan dari Sheikh Hani Rifaie (sambil melihat Al-Quran dalam HP tu) .

Alhamdulillah. amat memudahkan. Kini bukan sahaja boleh baca al-quran di mana sahaja, bahkan anak2 juga boleh mendengar al-quran di mana sahaja.

OK. Jom kita lihat video di bawah ini:



Dalam video ini Abang Abbudey mendengar bacaan Surah Az-Zukhruf (Surah terbaru hafazannya sekarang), sambil melihatnya al-quran dalam HP tersebut.

Ketika ini juga dalam perjalanan ke sekolah (bunyi kereta 'mengaum' yang sangat kuat..haha (belum pukul 7 pagi lagi, masih gelap di luar sana). Adik pula sambung tidur dalam kereta

Penggunaan aplikasi ini juga adalah secara offline (tak perlu kepada wifi dan line internet) selepas dimuatturun bacaan sheikhnya.

Kemudian saya sambung pula dengan  cara menggunakan aplikasi tersebut:

Kelebihan aplikasi ini: 

1- Terdapat banyak pilihan untuk bacaan para sheikh2 yg terkemukan
2- boleh digunakan secara offline (setelah muatturun bacaan sheikhnya)
3- boleh dipilih ayat yang ingin didengar.
4- Tulisan yang hampir menyerupai tulisan al-quran yang biasa (standard)
5- dapat mendengar bacaan Al-Quran sambil melihat ayat2nya (ayat yang sedang dibacakan akan dihighlight dengan warna hijau)


NOTA: Untuk mendengar bacaan penuh Surah Az-Zukhruf dengan suara Sheikh Hani Rifaie,
 boleh buka link ini:
http://www.youtube.com/watch?v=smzTS7bMKUw

*Rakaman menggunakan camera HP Nokia Lumia je....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...