بسم الله الرحمن الرحيم
"Korang dah ada kerja jangan lupa bagi duit bulan-bulan dekat mak, dekat abah takpe, tak payah bagi."
Itulah pesan abah 10 tahun dulu.
Begitulah abah, kalau bagi duit kepada abahpun, abah tolak. Abah kata bagi saja pada mak.
Kami sebagai anak yang baru keluar dari zaman siswa-siswi ke alam pekerjaan memang tidak terfikir untuk memberi duit bulan-bulan kepada ibu bapa.
Mungkin terlupa.
Mungkin tak perasan.
Betapa kita selalu tidak prihatin dengan adab dengan ibu bapa walsupun sudah dewasa, walaupun pada perkara sekecil memberi wang setiap bulan.
Kerana itu tegurlah dan terimalah teguran walaupun adakala ianya pahit.
Janganlah dianggap semua orang tahu apa yang ingin kita tegur dan sampaikan.
" Takkan dia tak tahu perkara tu salah kot.. Dia kan belajar tinggi."
"Takkanlah dia tak tahu kena buat benda tu, dia kan dah lama dalam bidang ini."
Tidak!
Kita manusia selalu lalai dan leka. Sering melakukan kesalahan. Kita perlukan teguran dan tunjuk ajar dari orang sekeliling.
Teguran itu menampung cebisan-cebisan koyak kecacatan dalam diri kita.
Seringkali juga dalam diri tertanya-tanya, apakah pelajaran yang Allah ingin sampaikan dalam situasi ini.
" Ya Allah, apakah pelajaran yang kau ingin aku belajar dalam kejadian ini. Tunjukkanlah kepadaku. Ajarilah aku. Pimpinlah aku."
Ayat Alquran dibaca mencari pedoman dan jawapan.
"Temukanlah aku dengan jawapan yang betul. Ya Rabb."
Tegurlah dengan cara yang lembut dengan berhikmah. Dengan niat untuk menampal kecacatan, buat dengan niat mengaibkan orang lain.
No comments:
Post a Comment