بسم الله الرحمن الرحيم
Seringkali apabila menulis tesis, mengkaji bahan-bahan dan tulisan yang ada, ada sahaja bab yang menjadi teguran kepada diri sendiri dan juga keluarga.
Banyak bab yang ditulis yang menyentuh hati pasti akan dikongsikan semula kepada khalayak di alam maya.
Seperti yang pernah ditulis di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.my/search/label/Kajian%20Surah%20Yusuf
http://cinta-rasul.blogspot.my/2013/02/kesedihan-seorang-bapa.html
http://cinta-rasul.blogspot.my/2013/02/kesedihan-seorang-bapa.html
Alhamdulillah...
Itulah antara tujuan utama saya menulis tesis.
Supaya diri ini sentiasa dalam suasana ilmu dan tidak terbuai dan kesenangan, keseronokan dan kelalaian membunuh masa.
Berehat dari kepenatan itu tidak salah.
Yang menjadi kesalahan apabila berlama-lama berehat hingga membunuh semangat, kurang ibadah dan lalai.
Tajuk yang menjentik hati |
Ayat yang dibahas |
Kita lalai walaupun Hari Perhitungan Amalan kita kian menghampir |
Antara kelalaian yang meyelimuti kita |
Akibat dari kelalaian-kelaian |
Saya kongsikan antara isi-isi bab ini kepada anak-anak:
"Mama tulis bab sifat orang kafir yang suka hiburan, kelalaian dan melalaikan orang Islam. Sampai zaman lani pun.
Kita lalai dengan hiburan, internet, game, kartun, sibuk dengan fesyen, hias baju, hias kereta, sibuk nak makan macam-macam.....
Lepas tu siapa yang nak fikir tentang ilmu?
Siapa yang nak fikir tentang ibadah?
Siapa yang nak jaga ibadah malam?
Siapa yang nak hafal Al-Quran?
Sebab tu abang dengan adik kena hafal AlQuran, supaya kita tak lalai..sentiasa ada perkara yang berfaedah yang kita nak buat.
Lepas hafal Al-Quran, kita kaji pulak Al-Quran.
Sentiasa berfikir untuk Islam.
Barulah kita tak jadi orang yang lalai."
Semoga kita tidak menajdi orang yang lalai.
Amin Ya Rabb
aamin ya rabb ..teruskan akak menulis peringatan.sebab blog akak memang menjadi rujukan saya yang lalai ni..
ReplyDeleteSaya pun berazam nak buat entri macam akak..satu perkongsian ke syurga dan memberi manfaat pada orang di luar dan pembaca blog.
Jazakumullahu khairan kathira atas sokongan puan terhadap perkongsian dalam blog ini. Semoga Allah memberkati kita hingga ke syurga
Delete