بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah.
Selesai baca,ebook Diari Abah, Hasrizal Abd Jamil.
Ebook boleh dibeli di link ini:
Antara yang menarik tentang ebook ini ialah:
1. Jalan penceritaan yang menarik.
Setiap buku yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal pasti mempunyai jalan cerita yang menarik.
Cara penulis menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui oleh beliau penuh dengan emosi dan membawa pembaca mendalami kisah tersebut.
Elemen emosi yang dimasukkan dalam penulisan pasti tidak gagal untuk membuatkan pembaca menitiskan air mata membaca kisah-kisah yang sedih. Juga tertawa dengan kisah-kisah yang lucu.
Namun ebook ini bukanlah hanya bacaan santai yang membawakan kisah-kisah pengalaman hidup penulis sahaja.
Penulisan Ustaz Hasrizal juga selalunya mengajak pembaca berfikir panjang dengan info dan idea-idea yang dibawa.
Mungkin ada antara isi kandungan dan idea yang dibawa oleh penulis tidak disetujui oleh pembaca, dan ada idea yang selari dengan pemikiran pembaca, dari situlah penulisan ini membuatkan pembaca menimbang dan berfikir panjang dengan apa yang telah dibaca. Bukan hanya menerima apa yang dibaca secara bulat-bulat.
Ebook ini juga sarat dengan ilmu keibubapaan bukan hanya untuk anak-anak di usia kanak-kanak sahaja. Malahan turut disertakan beberapa input keibubapaan untuk anak-anak yang berada di usia remaja.
Memahami tugas juga perasan ibu bapa ketika anak bayi dan juga remaja amatlah berbeza.
Ebook ini juga bersifat realistik, kena dengan situasi masa sekarang. Apa yang dilalui oleh penulis, mungkin sama juga dilalui oleh pembaca.
Akhir sekali, ebook ini patut dibaca oleh ibu bapa.
Jangan bayangkan ia hanya kisah pengalaman yang santai, banyak isi yang akan membuatkan anda berfikir panjang , malah mungkin akan membuatkan anda membincangkan isu buku ini bersama pasangan hidup.
Bacalah.
Insyaallah ada manfaatnya dalam keluarga dan hidup anda.
SELAMAT HARI RAYA, menarik entry ini btw done follow, follow me back thanks http://acuyuhan.blogspot.com/
ReplyDelete