بسم الله الرحمن الرحيم
Semua orang mempunyai pengalaman sendiri, namun tak semua orang mampu untuk mengolahnya semula dengan baik untuk diceritakan kepada orang lain supaya dapat dijadikan panduan dan pengajaran.
Buku ini habis dibaca dalam tempoh sehari.
Buku yang baik untuk anak-anak mengetahui kepayahan kehidupan orang-orang dahulu.
Kisah benar pengalaman ibu yang membesarkan anak-anak dengan penuh susah payah pada zaman 70an. Sangat berbeza dengan zaman kita sekarang. Yang tidak berbeza ialah kasih sayang ibu yang rela mengharungi jerit payah demi mementingkan pembelajaran anak-anak .
Terus terlintas di fikiran, betapa susah sekali kehidupan kita, susah lagi para Nabi menyampaikan dakwah. Tauladan kita untuk bersabar.
Penulisnya Puan Kay sekarang merupakan seorang pengetua SMK di Perak.
Buku yang santai, penuh dengan pengalaman penulis membesar dengan serba kekurangan dan kepayahan, ditambah lagi apabila ayahnya (seorang askar) hilang.
Namun ia sedikit pun tidak menjadikan mereka orang yang malas, bahkan mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Satu contoh tauladan yang baik.
Satu lagi yang disukai dalam buku ini ialah watak anak-anak yang Soleh yang ringan tulang membantu ibu bukan hanya dalam kerja-kerja rumah, malahan sifat empati kepada ibu dalam menampung kos sara hidup seharian.
Anak yang sekali sahaja dipanggil oleh mak terus bergegas melaksanakan perintah mak.
Banyak adegan dan pengalaman yang mungkin dapat dikategorikan dalam pengalaman luar biasa bagi anak-anak zaman sekarang, yang tak pernah mereka bayangkan dan lalui.
Sebuah buku yang menarik.
Alhamdulillah.
Terima kasih atas ulasan tentang buku ini. Saya sangat berbesar hati.
ReplyDelete