Wednesday, July 30, 2025

Penyertaan kali pertama saringan Musabaqah Hafazan Al Quran peringkat Negeri

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/1/23


Petang tadi Abang Abbudey balik daripada saringan Musabaqah Hafazan Al Quran peringkat Negeri Kedah 2023.




Reaksinya seperti biasa, happy je masuk musabaqah, tak risau apa pun😅 Katanya: ada je orang yang baca lebih baik, tak ada salah langsung.


Keputusan belum dapat lagi.


Apa-apa pun yang penting cabar diri sendiri untuk ke tahap yang lebih tinggi dan tidak hanya berpuas hati dengan tahap sekarang.

Monday, July 28, 2025

PESONA MEMBACA

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/1/23

 

Membaca itu anugerah

Menambah informasi,

Membakar motivasi, 

Menguatkan hati, 

Ketenangan, kegembiraan, semangat, 

Kesyahduan, kesedihan, keinsafan 

Muhasabah diri, mengenal Ilahi.

Tenggelam dalam alam bacaan.



Membaca itu nikmat.

Bacalah,

dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah.

Saturday, July 26, 2025

Mencari jawapan



بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/1/23


Tafakur

Merenung

Mencari jawapan

Bertalu-talu persoalan

Kusut minda

Perang emosi



Di mana jawapannya?

Hati penuh tanda tanya

Apa? Mengapa? Bagaimana?


Jawapannya akan kau temui

Mungkin bertahun lagi

Atau

Mungkin saja di akhirat nanti

Baru terungkai misteri 


#H.E.A.L.I.N.G.

Thursday, July 24, 2025

Di mana kesempurnaan?



بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/1/23


Dunia

Usah harapkan kesempurnaan

Mustahil

Di sini penuh kekurangan

Di sini tempat berpenat

Di sini kita bekerja 

Dataran ujian 



Kau harapkan kesempurnaan

Ceria tanpa derita 

Itu hanya di syurga

Ya. Hanya di syurga 


Kuatlah.

Moga bahagia yang sempurna

Di sana.


#H.E.A.L.I.N.G

Tuesday, July 22, 2025

Memori sebelum ke Syria 20 tahun lalu

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/1/23


2001: "Nanti korang belajar kat sinilah." Inilah gambar yang abah tunjukkan kepada kami sebelum pergi Syria.



Abah buat research sendiri. Guna maklumat internet yang terhad, fax ke universiti.


Perasaan seorang anak yang tak pernah duduk asrama: 'Macammana nak hidup kat tempat ni? Macam padang pasir.' Cita-cita masa tu: masuk UIA pun jadilah.


Menangis: sembunyi, terang-terang, semua dah. Tinggal tak berguling je😅


Kami pergi pada hari kejadian 9/11 attack.


Abah hantar sampai ke Dimasyk. Abah duduk beberapa minggu sebelum abah balik Malaysia. 


Selepas itu bermulalah episod mak abah, adik-adik berulang-alik ke Syria dan akhirnya menetap di sana beberapa tahun.



Abah pernah tulis sejarah itu dalam blog abah dulu.



Tulislah. Pasti ada yang melekat di hati.

Sunday, July 20, 2025

Dejavu

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 12/1/23


Sheikh Mahmud cerita dalam pengajian Selasa lalu ada banin yang mai menangis sebab takut result exam tak elok.


Dejavu. 


2002. Ta'hilli 2. Mujamma'Sheikh Ahmad Kiftaro. Hujung musim sejuk. Perubahan musim buatkan kesihatan terjejas. Demam, batuk selsema berpanjangan. 


Exam dah dekat. Takut. Sedih. Jumpa Anisah Huda Hayk, pensyarah subjek Bahasa Arab. Menangis. "Saya takut gagal dalam exam akhir tahun ni."



Anisah Huda gelak. "Kamu gagal? Insyaallah kamu tak gagal."


Alhamdulillah dapat keputusan yang baik.

Friday, July 18, 2025

Nasihat 'awal' untuk anak

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 8/1/23


Sebagai calon overthinking yang cemerlang 😅, dah pesan siap-siap kepada anak-anak:


"Nanti kalau tak faham pelajaran kat universiti, Whatsapp tanya mama baba. Mesti mengaji sungguh-sungguh."



Saya mempunyai pengalaman amat sukar faham pelajaran ketika tahun pertama Kuliah Dakwah di Mujamma' Sheikh Ahmad Kiftaro, Syria. Pelajaran payah, pensyarah ajar dalam Arab 'ammi (bukan slang baku).


Sungguh-sungguh usaha buat study group, cari kawan-kawan Arab untuk tolong ajar semula. 


Sukarnya belajar ketika itu tak dapat dilupakan. Lulus exam setiap tahun mungkin berkat doa mak abah, guru-guru dan kawan-kawan. Alhamdulillah.

Wednesday, July 16, 2025

Ahmad kena beguk.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 6/1/23


Semalam Ahmad dikesan bengkak beguk. Perlu kuarantin hingga sembuh insyaallah.


🧕🏻: Itulah. Ahmad main bola banyak sangat -tak ada kaitan 😅 - (tendang bola dari balik sekolah sampai Maghrib.)


👦🏻: Ahmad dah cacat ke? Ahmad dah nak mati dah ke? (Ahmad tak biasa tengok orang lain kena beguk)



🧕🏻: Mama dulu masa kecik pun pernah kena beguk. Makwa letak nila dengan cuka. Insyaallah nanti baiklah.


👦🏻: Mama masa kecik pun banyak main bola ke? Sebab tu kena beguk ke?


🙃🙃🙃🙃🙃 KBAT sungguh anak zaman lani.

Monday, July 14, 2025

Ahmad, mai baca Al Quran.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 4/1/23


🧕🏻: Ahmad, mai baca Al Quran.

👦🏻: Sat, Ahmad tengah makan epal.

🕐🕑🕒🕓🕔🕠🕖

🧕🏻: Ahmad, mai baca Al Quran.



👦🏻: Ya. Ahmad tengah ajar kucing baca Al Quran ni. Meow meow meow, meow meow meow.

🧔🏻‍♂: Pandai kucing tu baca Al Quran noh.


🙃🙃🙃🙃

Saturday, July 12, 2025

Pengurusan masa yang berkualiti

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 4/1/23


Antara siri kuliah yang disukai ialah PENGURUSAN MASA YANG BERKUALITI.


Hakikatnya kita BUKAN menguruskan masa, kerana Allah telah tetapkan masa dan kita TAK boleh ubah. Sayang macammana pun kat masa, tak boleh simpan dalam peti.



Tetapi kita MENGURUSKAN DIRI DAN KERJA KITA mengikut masa yang ada. Dan manusia berharap mendapat masa yang LEBIH.




(( Maka pada saat itu, dia merayu: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau LAMBATKAN kedatangan ajal matiku ke MASA yang sedikit lagi, supaya aku dapat bersedekah dan menjadi orang yang soleh".)) -Al Munafiqun: 10

Thursday, July 10, 2025

Sheikh ni wujud tak, mama ?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/1/23


👦🏻: Mama, Sheikh Ayman Suwaid ni wujud tak? 


(Tanya Ahmad ketika sedang hafaz surah dengan dengar bacaan Sheikh Ayman Suwaid. Memang dari dulu Ahmad hafaz Al-Quran dengan cara itu.)



Mama pun buka YouTube tunjuk video Shiekh Ayman Suwaid dan Sheikh Mahir Al Munajjid jadi hakim musabaqah.



👦🏻: Baba pernah jumpa tak Sheikh Ayman Suwaid?


🧔🏻: Baba tak pernah jumpa. Nanti kita pi jumpa Sheikh Ayman Suwaid na.




Tuesday, July 8, 2025

Merasakan kasih sayang guru.

 


بسم الله الرحمن الرحيم. 


Entri ini ditulis pada 1/1/2023


Di antara nikmat Allah yang dirasakan ialah merasakan kasih sayang dan keprihatinan guru kepada pelajar.



Masyaallah, sungguh kasih sayang itu memberi kesan yang sangat besar.


Moga ia hadir bersama keberkatan, redha Allah, dan semangat untuk meningkatkan ilmu. Amin.

Sunday, July 6, 2025

Keluarga: Simple yang membahagiakan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/12/22


Antara kebahagiaan ketika musim cuti ialah makan bersama sekeluarga, setuju tak?


Masa anak-anak kecil, mungkin ia tak berapa dirasa kerana makan kalut-kalut, kena kawal anak-anak dari huru hara ketika makan. 



Tapi sekarang, ada rasa lain, terasa bahagia bila dapat makan bersama. Alhamdulillah.


Simple tapi membahagiakan.

Friday, July 4, 2025

Mama asyik paksa je.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/12/22


ADEGAN BIASA SEBELUM MUSABAQAH:

🧒🏻: Tak mau masuk musabaqah, mama yang paksa suruh masuk.


LEPAS MENANG MUSABAQAH, DAPAT HADIAH:

🧕🏻: Sebab tu mama paksa suruh masuk. Hidup ni memang kena paksa. Kalau tak paksa, sapa pun tak mau hafal Quran, dok mengadap handphone je.



Penting juga untuk dapat kebolehan mengawal takut/nervous.




Di sebalik PAKSA itu, melangit doa dipanjatkan moga dilembutkan hati, dipermudahkan urusan, dilorongkan ke jalan yang lurus.

Wednesday, July 2, 2025

Bolehkah kita nak menghayati/ tadabbur Al Quran?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/12/22


SEMUA orang mampu untuk faham/ tadabbur Al Quran....... DENGAN ILMU.


Untuk menghayati Al-Qur'an dengan hati yang peka, perlu proses menuntut ilmu yang BERTERUSAN.


Contoh mudah, Surah Al Fatihah yang kita BACA SETIAP HARI:



JIKA dihayati dengan hati yang hancur luluh, kita sedar betapa HANYA ALLAH yang dapat MEMBANTU HIDUP KITA dalam semua aspek: kerjaya, belajar, mendidik anak. 


Betapa setiap hari kita MERINTIH MENGHARAPKAN bantuan dan PETUNJUKNYA.


Begitulah proses menghayati Al Quran. DENGAN ILMU.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...