بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 12/1/23
2001: "Nanti korang belajar kat sinilah." Inilah gambar yang abah tunjukkan kepada kami sebelum pergi Syria.
Abah buat research sendiri. Guna maklumat internet yang terhad, fax ke universiti.
Perasaan seorang anak yang tak pernah duduk asrama: 'Macammana nak hidup kat tempat ni? Macam padang pasir.' Cita-cita masa tu: masuk UIA pun jadilah.
Menangis: sembunyi, terang-terang, semua dah. Tinggal tak berguling je😅
Kami pergi pada hari kejadian 9/11 attack.
Abah hantar sampai ke Dimasyk. Abah duduk beberapa minggu sebelum abah balik Malaysia.
Selepas itu bermulalah episod mak abah, adik-adik berulang-alik ke Syria dan akhirnya menetap di sana beberapa tahun.
Abah pernah tulis sejarah itu dalam blog abah dulu.
Tulislah. Pasti ada yang melekat di hati.
No comments:
Post a Comment