بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 16/2/23
🧕🏻: Ahmad, pi kemas katil
👦🏻: Ahmad kemas dah.
🧕🏻: Betul?
👦🏻: Mama takkan tak percaya kat Ahmad, Ahmad kan hafal Al Quran.
Erk! 😶
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 16/2/23
🧕🏻: Ahmad, pi kemas katil
👦🏻: Ahmad kemas dah.
🧕🏻: Betul?
👦🏻: Mama takkan tak percaya kat Ahmad, Ahmad kan hafal Al Quran.
Erk! 😶
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 16/2/23
Untuk pengisian hari terakhir persekolahan 2022/2023 di samping jamuan, pelajar diberi soalan yang tiada dalam buku pelajaran. Pelajar perlu FIKIR dan TULIS:
1. Mengapa kita perlu baca Al Quran setiap hari?
2. Ada tak orang yang tak mampu hafal Al Quran? Kenapa?
3. Enta/ enti suka tak hafal Al Quran? Kenapa?
Saya fikir pelajar tak mampu jawab soalan² ini. Rupa-rupanya jawapan mereka mind blowing! masyaallah.
Tujuan tanya soalan-soalan itu supaya pelajar tahu mengapa mereka hafal Quran. Antara jawapan mereka:
Jawapan No.1:
Sebab kita orang Islam, Al Quran itu petunjuk, nak tambah ilmu, Al Quran teman kita.
No.2:
Ada. Sebab banyak dosa, sebab hati hitam, sebab malas😅
No.3:
Nak dapat paala, nak berjaya.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 15/2/23
Apa sahaja keputusan peperiksaan, TERUSKAN SEMANGAT menuntut ilmu. Jangan berhenti usaha menuntut ilmu dan menghafaz Al-Quran.
Peperiksaan pertengahan tahun hari tu, Abdullah No.1, Abdul Rahman No.1, Ahmad Zaid No.11 😁
"Ahmad lah paling hebat, sebab ada dua nombor satu (11), abang-abang ada satu je nombor satu." Kata Ahmad. Dan paling banyak minta hadiah.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 14/2/23
Alhamdulillah dah lebih 15 tahun berkongsi ilmu/ pengalaman hidup dalam blog. Lebih 2200+ post entri yang ditulis.
Alhamdulillah ia tidak sia-sia.
Ia memudahkan untuk merujuk memori lalu dan mendapatkan jawapan bagi soalan yang diajukan.
Ada ilmu dan manfaat yang dapat dikongsi, walaupun secara santai. Alhamdulillah.
Menulis: ladang pahala kita. Tulislah YANG BAIK-BAIK.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 14/2/23
علمتني الحياة:
Kehidupan mengajarku/ Universiti kehidupan.
Meniti usia, pasti ada hikmah/ pelajaran kehidupan yang berbekas dalam hati SETIAP KITA, ia membentuk PRINSIP dan cara pandang kita terhadap KEHIDUPAN.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 12/2/23
Beruntungnya orang yang hafaz Al-Quran kerana dia perlu paksa dirinya untuk bersama Al Quran, semaksimum mungkin.
Jika tidak, dia sendiri yang kerugian kerana lupa hafazan yang dia telah usaha untuk hafaz. Dia ia amat perit.
Ya. Teruslah berjuang, teruslah berusaha. Nak cuti sebulan ni, mesti jaga Hafazan nah... Moga Allah bantu. Sayang yakmat kalau lupa hafazan 😢
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 11/2/23
Pernah bincang dengan suami: "Kita ni kalau nak capai masyarakat yang soleh dengan harap anak-anak kita saja yang soleh tak cukup. Anak adalah 3 orang je. Kena sungguh-sungguh harap anak2 murid juga sama seperti yang kita harapkan dan doakan untuk anak-anak kita sendiri. Kena ajak juga orang fikir untuk membina keluarga dan masyarakat yang soleh."
Masalah itu ada, doalah banyak-banyak. Semoga Allah sentiasa beri kesejahteraan untuk kita.
Tesis suami dulu tentang 'masalah perkahwinan dan penyelesaiannya'. Tesis isteri pula tentang 'Islah diri dan masyarakat berpandukan Surah Luqman'. Moga ada manfaatnya.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 10/2/23
Di usia menghampiri 40 ini, saya masih merasakan strugglenya nak menjaga hafazan Al-Quran.
Jika satu masa dulu kita boleh ingat hafazan dengan amat baik, TANPA MURAJAAH/ ULANGAN HAFAZAN yang KONSISTEN, tak mustahil Surah Al Buruj pun boleh jadi sangkut-sangkut tak jumpa ayat. Seriously.
Rutin murajaah saya hanya seminggu 5 juzuk. Itu yang termampu selepas penat di tempat kerja.
Tapi masih rasa tidak mencapai kesempurnaan. Kalau boleh nak ingat hafazan macam komputer, tak salah langsung, ingat mana letaknya ayat itu. Ya, ada orang mampu lakukan begitu.
Itu baru bab hafazan, bab fahami, tadabbur..... sungguh ia perjuangan sepanjang hidup.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 10/2/23
"Antara perkara yang amat saya kesali dalam hidup ialah tak dapat lihat anak-anak membesar depan mata, tak dapat nak mendidik mereka tangan sendiri." Rintih seorang sahabat.
Beliau sudah bertahun-tahun tinggalkan keluarga dan tanahair untuk cari rezeki di negara orang.
"Peluang ini langsung tak akan dapat diulang lagi." Sambungnya lagi.
Sungguh peluang hidup, mendidik anak-anak adalah satu masa yang pantas berlari. Ia tidak akan berulang.
Banyakkan baca/tuntutlah ilmu Tarbiatul Aulad (parenting) agar tiada sesal kelak. Dan kesesalan itu amat menyakitkan.
Dan yang terutama: jangan lupa doakan mereka dunia akhirat.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 9/2/23
Tika sendiri
Hadir rasa itu
Hiba
Pilu
Syahdu
Sepi yang menyakitkan
Mungkin kamu juga pernah rasai
Yakinlah
Ada hikmah pada yang berlaku
DIA selalu ADA
DIA Maha tahu
يا لطيف الطف بنا.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 7/2/23
AKHIR SEKALI atas semua yang berlaku, kita percaya 100%: DUNIA INI AKAN BERAKHIR.
ATAS SEMUA HARAPAN KITA, kita berharap Allah TERIMA amal kita, ampunkan dosa kita dan masuk syurga bersama orang mukmin dan mereka yang dikasihi.
ITULAH KONKLUSINYA.
ITU SAJA.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 31/1/23
Padamu tertumpahnya
Kasih pertama ibu ayah
Harapan utama
Dipasak tanggungjawab dan disiplin
Ketabahan kecekalan
Kembara ilmu juga kalam Tuhan
Melakar kejayaan
Teladan adik-adik
Meniti alam remaja
Moga dibatasi tembok iman
Meneruskan perjuangan
Dalam redha Tuhan
Pahatkan hati dengan ilmu dan ketaqwaan
Doa kami berterusan
Terus mencipta kegemilangan
Dunia akhirat
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 30/1/23
KENAPA SUSUN BUKU BANYAK-BANYAK TEPI KATIL?
Setiap buku ada pesonanya.
Jika hari penuh semangat, akan baca buku bahasa Arab/ informatif yang perlu kepada lebih fokus.
Kalau hari-hari kerja/penat, akan baca buku yang lebih santai, tak perlu banyak fikir.
Ada yang belum habis baca dan ada yang suka untuk ULANG BACA banyak kali. Ada RASA yang INDAH tentangnya. Ibarat kata orang lani: Healing
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 30/1/23
Warna hidup
Pasti kita lalui
Warna terang ceria
Warna yang bersih tenang
Warna gelap kelam
Semuanya bercampur
Menghasilkan jalan hidup kita
Sesuram mana warnanya
Seindah mana warnanya
Pasti ada kebaikan
Menghasilkan sekeping hati
Yang akan dibawa PULANG
Syukur pada Allah
Pada keindahan warna
Sangka baik sentiasa pada Allah
Walau warnanya kusam di mata.
بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 29/1/23
Kita manusia
Merancang cerah berpanjangan
Kita semua hambaNya
Tiada kuasa menghalang
Gelap awan tetap datang
Carilah hikmah
Pada mendung yang tak diundang
Jangan hati lupa
Lembut rahmat-Nya
Pada kita sang hamba
Lebih berkuasa dari hempasan badai ujian
Larilah berteduh
Di bawah payung kasihNya
Berpeganglah padaNya
Hingga akhir hayat.