بسم الله الرحمن الرحيم
Percutian kali ini ke Terengganu hanya untuk satu hari sahaja.
Kami bertolak pada Hari Jumaat jam 8 pagi, dan sampai di rumah pada hari sabtu jam 6 petang.
Kami ke Terengganu kerana baba ada program di sana.
Seingat kami kali terakhir bercuti di Terengganu adalah pada September 2014
Boleh baca dalam entri di sini:
Kami menetap selama 1 malam di The Regency Waterfront Hotel, Kuala Ibai, Terengganu
 |
Hotel ini
Berdekatan dengan Masjid Terapung (Masjid Zahirah) |
 |
Kerana menggunakan kad hadiah, maka dapat kurangkan harga hotel
lebih RM100.. |
 |
kad hadiah di dalam Agoda...
Alhamdulillah berbaloi. |
 |
Selepas 6 jam perjalanan, Alhamdulillah pemandangan indah
yang terbentang dari tingkap bilik
MasyaALLAH
Tenang
Di hadapan itu padang kuda
dan juga laut. |
Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di tempat yang amat berhampiran dengan hotel ini:
1- Berehat-rehat dan mandi laut. (Aktiviti ini pun sudah berjam-jam)
2- Menunggang kuda
3- Menunggang skuter
4- Makan-makan (banyak sangat gerai di sepanjang pantai)
5- Bagi makan ikan di Masjid Terapung
6- Shopping ole-ole di kedai berhampiran masjid.
7- Riadah di taman permainan berhampiran.
Secara keseluruhan adalah OK tentang hotel ini. Cuma:
Swimming Pool kena bayar walaupun untuk orang yang menetap di hotel tersebut.
Sarapan kanak-kanak di hotel dikenakan cas RM 16 orang untuk seorang jika lebih dari 2 orang dewasa.
 |
Di Pantai Kuala Ibai yang berhampiran dengan hotel
Wajah gembira Abang Abbudey setelah menunggang skuter
RM 10 untuk 16 minit
Berbaloi juga sebab tempat menunggangnya luas... boleh bawa sampai ke hotel. Cuma apabila
tamat masa mesti pulangkan |
 |
Ahmad Zaid juga seronok di pantai |
 |
Beri ikan makan di Masjid Zahirah yang berdekatan dengan hotel.
kami juga sempat menunaikan Solat Maghrib di sini.
Membeli t-shirt Terengganu dengan harga RM 10 - RM 15 untuk anak-anak |
 |
Seronok anak-anak mengumpul kulit kerang dan siput |
 |
Ketika perjalanan pulang ke Kedah semula, singgah membeli kuih bahulu
yang masih dibakar dengan acara tradisional menggunakan dapur sabut kelapa.
Alhamdulillah sedap bahulu dan kuih akoknya |
Pantai di hadapan hotel
Alhamdulillah walaupun sehari, ia adalah percutian yang menyeronokkan.