بسم الله الرحمن الرحيم
Makan.
Perbuatan yang kita lakukan setiap hari.
Janganlah kerana makan kita dapat penyakit.
Dan janganlah kerana makan juga kita masuk ke neraka. Moga dijauhkan.
Buku kali ini ialah tentang pekerjaan yang berkait rapat dengan makan.
Bukan chef.
Bukan Penjual makanan.
.
.
.
.
.
.
.
Inilah bukunya.
Tentang kehidupan dietitian.
Selepas membeli buku terbitan Syarikat Kata Pilar, saya makin tertarik dengan buku-buku terbitan syarikat ini yang kebanyakannya berlatar belakangkan tentang kedoktoran, ilmu-ilmu pemakanan dan juga tarbiah samada secara santai atau secara langsung.
Seperti buku Cakar Ayam Seorang Doktor yang pernah dibuat review tentangnya di sini:
kartun-kartun comel dalam buku ini |
Terdapat juga info permakanan |
Pelbagai cerita yang menginsafkan |
Janganlah pemakanan harian kita memudaratkan kita dan membinasakan tubuh badan yang ALLAH amanahkan. |
Kanak-kanak juga ramai yang mendapat sakit akibat makan. |
Alhamdulillah.. buku yang menarik, penuh info untuk kehidupan harian kita.
Jika ada yang kita tidak setuju dengan info dalam buku ini, atau bercanggahan dengan info kita selama ini, ia adalah lumrah. Setiap buku boleh dihujjah kembali kecuali Al-Quran.
Selamat menambah ilmu.
No comments:
Post a Comment