بسم الله الرحمن الرحيم
Percutian kali ini ke Terengganu hanya untuk satu hari sahaja.
Kami bertolak pada Hari Jumaat jam 8 pagi, dan sampai di rumah pada hari sabtu jam 6 petang.
Kami ke Terengganu kerana baba ada program di sana.
Seingat kami kali terakhir bercuti di Terengganu adalah pada September 2014
Boleh baca dalam entri di sini:
Kami menetap selama 1 malam di The Regency Waterfront Hotel, Kuala Ibai, Terengganu
Hotel ini Berdekatan dengan Masjid Terapung (Masjid Zahirah) |
Kerana menggunakan kad hadiah, maka dapat kurangkan harga hotel lebih RM100.. |
kad hadiah di dalam Agoda... Alhamdulillah berbaloi. |
Kedai keropok yang selalu kami singgah di Jeli, Kelantan. Keropok dan sosnya kena dengan selera kami sekeluarga Makcik penjual tu tanya: "Ada pertandingan hafazan Al-Quran lagi ke?" Ingat lagi makcik tu yang kami singgah di kedainya pada tahun lepas. Boleh baca entri di sini: http://cinta-rasul.blogspot.com/2016/12/menyertai-ujian-saringan-program-tijan.html |
Selepas 6 jam perjalanan, Alhamdulillah pemandangan indah yang terbentang dari tingkap bilik MasyaALLAH Tenang Di hadapan itu padang kuda dan juga laut. |
Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di tempat yang amat berhampiran dengan hotel ini:
1- Berehat-rehat dan mandi laut. (Aktiviti ini pun sudah berjam-jam)
2- Menunggang kuda
3- Menunggang skuter
4- Makan-makan (banyak sangat gerai di sepanjang pantai)
5- Bagi makan ikan di Masjid Terapung
6- Shopping ole-ole di kedai berhampiran masjid.
7- Riadah di taman permainan berhampiran.
Secara keseluruhan adalah OK tentang hotel ini. Cuma:
Swimming Pool kena bayar walaupun untuk orang yang menetap di hotel tersebut.
Sarapan kanak-kanak di hotel dikenakan cas RM 16 orang untuk seorang jika lebih dari 2 orang dewasa.
Ahmad Zaid juga seronok di pantai |
Beri ikan makan di Masjid Zahirah yang berdekatan dengan hotel. kami juga sempat menunaikan Solat Maghrib di sini. Membeli t-shirt Terengganu dengan harga RM 10 - RM 15 untuk anak-anak |
Seronok anak-anak mengumpul kulit kerang dan siput |
Ketika perjalanan pulang ke Kedah semula, singgah membeli kuih bahulu yang masih dibakar dengan acara tradisional menggunakan dapur sabut kelapa. Alhamdulillah sedap bahulu dan kuih akoknya |
Pantai di hadapan hotel
Alhamdulillah walaupun sehari, ia adalah percutian yang menyeronokkan.
No comments:
Post a Comment