Thursday, October 15, 2020

Jangan masuk syurga sorang-sorang

بسم الله الرحمن الرحيم

** Entri ini ditulis pada 28/5/2020

Salah satu nasihat Arwah Ustaz Razali (Mudir tahfiz ketika di sekolah menengah dulu): " Jangan masuk syurga sorang², ajak orang ramai juga. Kalau pandai, tak cukup pandai sorang², mesti ajar dan ajak orang lain juga." Sentap, sampai sekarang pun masih ingat lagi kata² ustaz.

Semoga hidup kita dapat banyak memberikan manfaat dan inspirasi  kepada orang lain.

Kelmarin terlibat video sahabat sepengajian ketika di Syria yang berbangsa Indonesia mengajar Nahu kepada anak lelakinya di Facebook. Sangat kagum dan suka tengok suasana keluarga yang membudayakan ilmu.

Masyaallah. Rakan2 Indonesia memang terkenal dengan kesungguhannya dan ketekunan dalam menuntut ilmu ketika di Syria dahulu. Moga dapat kita contohi. Amin

Sunday, October 11, 2020

Giliran Abdul Rahman menjadi Qari Jemputan rancangan Bicara Nurani terbitan Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah 2020

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 25/5/2020


Alhamdulillah, beberapa hari selepas Abdullah dijemput menjadi Qari Jemputan rancangan Bicara Nurani terbitan Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah 2020, Abang Abbudey pula dijemput untuk menjadi Qari Jemputan.



Rancangan disiarkan di web tv di Facebook Majlis Guru Cemerlang Negeri Kedah

Abdul Rahman duduk berlatarbelakangkan tasik Maahad kerana kebiasaannya line internet di situ agak kuat, namun masih tersekat-sekat lagi.

Boleh ditonton di sini:

Alhamdulillah persediaan untuk Abang Abbudey lebih mudah kerana kami sudah ada pengalaman ketika siaran langsung Abdullah beberapa hari yang lepas.

Ketika di akhir siaran langsung

Ketika mencuba line internet bersama Teacher Norsapina


Cuma masalah line internet yang tak berapa kuat masih tidak dapat dielakkan.

Alhamdulillah, beberapa orang pelajar Maahad Al Iman juga turut dijemput untuk menjadi Qari Jemputan juga.



Saturday, October 10, 2020

Info buku: Kisah Malaysia Berkurung. Pesan Cinta Daripada Tuhan


بسم الله الرحمن الرحيم

Satu kepuasan bila dapat menghayati tiap patah perkataan dari awal buku hingga ke noktah terakhir.

Buku yang tidak hanya merakam kenangan PKP, tetapi mengupas pelbagai fenomena PKP termasuk menujum tilik Al Quran, Hikmah PKP yang tersembunyi, hikmah kekeluargaan, bagaimana menjadikan rumah kita tumpuan Malaikat ketika PKP.

 
Antara hasil tulisan yang saya minati, penuh informasi beserta dengan dalil. Hasil karya Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim.

 
Buku ini tentang KITA SEMUA KETIKA PKP.

Ia juga masih relevan untuk dibaca, supaya kita lebih menghargai masa PKP/PKPD dan tahu bagaimana untuk menggunakan setiap detik ketika DIKURUNG








Begini jugalah keluarga kami ketika PKP. Alhamdulillah.



Wednesday, October 7, 2020

Menang atau kalah

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/5/2020

Yang orang nampak yang menang, padahal yang kalah 2 kali ganda lagi banyak rasanya😅. 

Yang penting terus mencuba dan jangan putus asa.

Kesedihan kerana kegagalan semua itu adalah pengajaran. Kalau pergi pertandingan antara sekolah-sekolah, kalau kalah, satu bas bersedih, tapi ia akan kenangan indah tika dewasa nanti.

Begitulah lumrah kehidupan.

Kemenangan yang hakiki bila dapat mengalahkan syaitan dan hawa nafsu.

Amin.




Saturday, October 3, 2020

Rezeki 10 malam terakhir Ramadhan 1441H

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/5/2020

Alhamdulillah walaupun Ramadhan kali ini dalam tempoh pkp,  banyak rezeki yang Allah berikan.  Antaranya Cattus beranak lagi. Untuk kali kedua sepanjang kami belanya. 

Anak-anak Cattus yang pertama lahir pada pertengahan bulan Disember 2019.

4 ekor Marble Bengal yang kami beri nama Romie,  Ronny,  Dobby dan Tobby. 

Namun 2 ekor hilang dan tinggallah Dobby dan Romie sahaja. 


Romie dan Tobby

Ketika beranak pertama kali,  Cattus beranak di celahan batu,  bawah tanah di halaman rumah .

Punya Cattus nak sorokkan anaknya.

Jadi untuk kali ini,  apabila kami nampak Cattus dan sarat,  kami kurung ia di ruang tamu depan. 

Hanya sesekali sahaja dibenarkan keluar rumah waktu pagi. 

Alhamdulillah Cattus pun nampak selesa duduk di ruang tamu .


Anak-anak Cattus batch pertama



Selepas 5 bulan Cattus beranak lagi


Anak-anak Cattus batch kedua. 

4 ekor juga .

Kami kurung Cattus di ruang tamu depan dan sediakan kotak dan kain untuk tempat bersalin, namun Cattus untuk bersalin di belakang almari akuarium. 

Kambing pun beranak juga.
Alhamdulillah rezeki kurniaan Allah. 


Cattus beranak belakang almari akuarium. 

Beberapa minit sebelum Cattus beranak kami jumpai titisan cecair warna koko atas lantai. 

Rupanya ia adalah tanda Cattus nak beranak. 

Terus kami biarkan Cattus di ruang tamu. 

Alhamdulillah. 

Begitulah Allah jadikan haiwan peliharaan ini sebagai hiburan menyeronokkan hati manusia. 

Alhamdulillah .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...