Monday, August 31, 2026

Manfaat menyertai pertandingan.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/3/2024


Antara manfaat yang diperolehi dari menyertai pertandingan ialah: 

1. Mencabar keberanian.

2. Membina keyakinan diri.

3. Melatih diri menghadapi gemuruh. 

Ia adalah antara perkara penting dalam hidup.



Kalau kurang keyakinan diri dan keberanian, sukar untuk melakukan banyak perkara, contoh: jadi imam, pengucapan awam dan lain-lain.

Sunday, August 30, 2026

APA PENTINGNYA DOA?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 14/3/24


Masa kecik dulu, selalu terfikir, kenapa ustaz/ah dalam kuliah selalu share zikir-zikir/ doa-doa harian? 


Kenapa pakcik makcik suka minta doa/zikir itu ini daripada ustaz/ah?



Bila kita makin dewasa, barulah kita faham erti zikir/doa. 


Itulah keberkatan kehidupan, amalan sepanjang hayat, penguat hati kita untuk hadapi hidup seharian.



Doa yang mungkin kita ambil ringan, tapi sebenarnya ganjaran yang Allah berikan sangat besar. Moga dapat diamalkan hingga akhir hayat.


Antara zikir/doa/ ayat yang banyak diajarkan oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ialah ketika nak tidur.



Kenapa? Kerana tujuan hidup kita adalah untuk beribadah, berdoa, bukan untuk tidur.



Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam bersabda kepada orang yang membaca do'a ini:

"Jika kamu mati, maka kamu mati di atas fitrah." [Al-Bukhari]

Saturday, August 29, 2026

Hantar anak sekolah agama?

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis 12/3/2024


Abah dulu bukan dari bidang agama, abah doktor homeopati, mak surirumah, tapi tetap tabah untuk hantar anak-anak hafal Al Quran dan sambung bidang agama.



Soalan klise "Nak makan apa nanti?" itu biasa. Rintangan, kepayahan, ragu-ragu mungkin melanda. 



Kita perlukan kecekalan, semangat, DISIPLIN, matlamat yang jelas dalam mendidik anak-anak, KEBERGANTUNGAN dengan Allah dan doa berpanjangan, insyaallah.

Friday, August 28, 2026

Pagi yang bernilai

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/3/2024


Waktu pagi sangat BERNILAI. Permulaan hidup kita setiap hari. Penuh keberkatan.


Mulakan pagi dengan yang DOA dan ZIKIR, moga hari kita berjalan dengan baik dan BERKAT. Allah mudahkan segala kerja kita, insyaallah.




Doa yang Ahmad Zaid baca ketika jalan kaki ke sekolah setiap hari. Moga-moga diamalkan hingga ke akhir hayat insyaallah.

Thursday, August 27, 2026

Menghampiri usia 40.

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 26/2/2024


Menghampiri usia 40 makin membuatkan kita mengenangkan jasa susah payah ibubapa kita.



Mak menghabiskan usia menjaga 8 orang anak-anak yang masing-masing punya pe'el tersendiri. Yang suka mengacau, kuat merajuk, kuat mengamuk dan macam-macam 🙃. Cabaran ketika anak kecil, remaja dan dewasa. 



Dan sekarang mak terus fokus berbakti kepada suami, anak-anak dan cucu. Moga keampunan dan syurga Allah untuk ibubapa kita semua. Amin.

Wednesday, August 26, 2026

Vape?

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/2/2024




👦🏻: Mama, baba pergi vape kan?


🧕🏻: Ha?


👦🏻: Baba bawak kucing pi vape kan?


🧕🏻: Vet, vet. Bukan Vape. Salah makhraj huruf tu. Vape tu yang berasap-asap tu.


🙃🙃🙃

Tuesday, August 25, 2026

HAFAL AL QURAN ITU JALAN (WASILAH), BUKAN MATLAMAT.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/2/2024


HAFAL AL QURAN ITU JALAN (WASILAH), BUKAN MATLAMAT.


MATLAMAT hafal Al Quran:

Supaya kita dapat lazimi diri dengannya, tak buang masa dengan perkara yang sia-sia dan terus mencari ilmu untuk MENTADABBURNYA.




Suara yang jelas, bahasa yang mudah, maklumat yang teliti dan berfokus. Siri Kuliah tadabbur Al Quran oleh Sheikh Adham Al 'Asimi. Masyaallah, kuliah yang sangat bagus.





https://youtube.com/playlist?list=PL9nkZtQYDOGsFwt9o9Odd8lL3fh2jeMnR&si=dHZmLMQokuAR4Wl1

Monday, August 24, 2026

Apa itu kenangan?

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/2/2024


Antara sembang-sembang dengan anak-anak masa cuti ini ialah: 

APA KENANGAN MEREKA TENTANG MASA LALU?



Untuk menguji ingatan dan memori indah mereka.


Masa cuti nilah baru sempat nak bersembang, dah mula sekolah nanti masing-masing pakat sibuk.


👦🏻: Mama, kenangan tu apa?

🧕🏻: Kenangan tu apa yang kita ingat masa kita Pasti dulu, masa kita darjah 1, masa kita kecik.

Sunday, August 23, 2026

BI'AH SOLEHAH/ PERSEKITARAN YANG BAIK.

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/2/2024


Allah tunjukkan kepada saya amalan tahajjud yang dilazimi oleh MEREKA yang berada di sekeliling sejak dari kecik.


Mak, abah, balik kampung pakwa, makwa, saudara mara, mertua dan rakan-rakan di rumah sewa dan asrama. Nampak MACAM mudah sangat mereka bangun awal sebelum subuh setiap hari. Moga Allah permudahkan juga untuk kita.



Pastinya ada kelazatan rohani mereka rasakan, membuatkan mereka istiqamah melaziminya setiap hari.

Saturday, August 22, 2026

SENDIRI TANPA PANTAUAN.

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/2/2024


Ketika zaman remaja di Syria, pernah tinggal di rumah sewa (masa tu jauh dari pantauan mak,ayah, guru, warden), ada housemate dari Terengganu, walaupun pada hari-hari uzur syar'ie, dia tetap bangkit sebelum subuh. 


Walaupun tak boleh solat, baca Al Quran, dia bangun pegang tasbih, berzikir, kemudian study. 


Bila dah jadi mak-mak ni, begitulah harapan kita untuk anak-anak. Akan tiba masanya, mereka jauh dari pantauan orang dewasa. 



Moga jagaan Allah dan TAQWA yang disemai dari kecil itulah dapat membawa kepada kebaikan dan menjauhkan mereka dari maksiat. Insyaallah.


اتق الله حيثما كنت

Bertaqwalah kamu kepada Allah DI MANA SAJA KAMU BERADA.

Friday, August 21, 2026

Selepas 3 hari merawat burung.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/2/2024


Inilah kali terakhir Ahmad bagi minum/makan kepada burung ni.



Kisahnya 3 hari lepas burung ni luka dan patah kaki, tak boleh terbang. Ahmad letak dah plaster kat kaki dia😅.



Akhirnya burung ini tak dapat diselamatkan selepas 3 hari Ahmad merawatnya.

Thursday, August 20, 2026

Kemahiran berbahasa Arab untuk kanak-kanak.

 

بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 19/2/2024


ANTARA proses kanak-kanak untuk dapatkan kemahiran berbahasa Arab ialah dari MENONTON KARTUN BAHASA ARAB.




Abdullah ketika berusia 5 tahun boleh bercerita dalam Bahasa Arab.



Perkataan yang digunakan seperti ضخم، مرعب، حادة adalah perkataan yang didengar dalam kartun, begitulah juga dengan slang Arabnya diperolehi dari kartun.


Dan ia perlukan praktis yang konsisten, lani Abdullah nak masuk tingkatan 4, tak ada dah bunyi slang Arab macam masa dia umur 5 tahun.

Wednesday, August 19, 2026

AJAL MAUT.

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/2/2024


Sejak kecil selalu lihat orang lain (dan alami sendiri) rasa ajal mendekat bila tak sihat. Sakit mencucuk-cucuk, rasa macam pagi esok tak bangkit dah.



Tapi hakikatnya sakit bukan PENENTU berakhirnya usia kita.


Kata Imam Asy Syafie:

وَكَمْ مِنْ صَحِيْحٍ مَاتَ مِنْ غَيْرِ عِلَّةٍ *** وَكَمْ مِنْ عَلِيْلٍ عَاشَ حِيْناً مِنَ الدَّهْرِ

Betapa ramai orang sihat yang meninggal dunia tanpa sebarang penyakit,

Dan betapa ramai orang sakit yang masih hidup lama.


نسألك العفو والعافية.

Tuesday, August 18, 2026

Manusia pasti lalui 8 perkara ini.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 19/2/2024


Pagi ini dengar bayt syair yang dibaca oleh Sheikh Bassam dalam khutbahnya yang bertajuk: Duhai Pembawa Duka:

https://www.facebook.com/share/v/YYJN68QuR9og6znk/?mibextid=oFDknk


ثَمَانِيَةٌ تَجرِي عَلَى النَّاسِ كُلِّهِم *** وَلا بُدَّ لِلإِنسَانِ يَلقَى الثَّمَانِيَهْ.


 سُرُورٌ وَحُزنٌ وَاجتِمَاعٌ وَفُرقَةٌ *** وَيُسرٌ وَعُسرٌ ثُمَّ سُقمٌ وَعَافِيَه.



8 perkara yang dilalui oleh semua manusia*

Mereka pasti akan temui kelapan-lapan perkara ini. 


Gembira, sedih, bertemu, berpisah*

Kesenangan, kesulitan, kesakitan dan kesembuhan*


وَٱصۡبِرۡ وَمَا صَبۡرُكَ إِلَّا بِٱللَّهِۚ

Monday, August 17, 2026

REZEKI YANG BERBEZA.

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/2/2024


Sahabat saya, seorang penulis yang banyak menghasilkan buku yang bermanfaat bercita-cita menghafaz Al-Quran.


Saya pula dah banyak masuk kursus penulisan sejak remaja, tapi yang banyak ditulis ialah BUKU rekod harian hafazan pelajar 🤣.



Pilihan Allah adalah terbaik untuk kita, kita usaha di landasan yang Allah tetapkan. Insyaallah.


Teringat kata hikmah Al Athaiyyah.

إرادَتُكَ التَّجْريدَ مَعَ إقامَةِ اللهِ إيّاكَ في الأسْبابِ مِنَ الشَّهْوَةِ الخَفيَّةِ، وإرادَتُكَ الأَسْبابَ مَعَ إقامَةِ اللهِ إيّاكَ فِي التَّجْريدِ انْحِطاطٌ عَنِ الهِمَّةِ العَلِيَّةِ.


Keinginanmu untuk tajrid padahal Allah masih menempatkanmu di dalam usaha adalah dari hawa nafsu yang samar. Keinginanmu untuk menjadi orang yang berusaha untuk dunia padahal engkau ditetapkan Allah pada golongan ahli tajrid adalah turun dari semangat yang tinggi.

Sunday, August 16, 2026

Mengenang budi.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis 9/2/2024


Kita tak akan berjaya jika hanya bergantung kepada diri sendiri. Bantuan Allah dan orang sekeliling itulah yang banyak memudahkan urusan kita.

وَلَا تَنسَوُا۟ ٱلۡفَضۡلَ بَیۡنَكُمۡۚ

((Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri.))



Tim rakan sekerja, staf-staf lain yang banyak membantu menyelesaikan masalah dan kerja. Anak-anak soleh solehah yang bantu ustazah-ustazah. Semoga Allah merahmati dan mengganjari kalian semua dengan ganjaran yang berlipat ganda. Amin.

Saturday, August 15, 2026

Sangat mudah hilang

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 9/2/2024


"Ahmad, ready nah untuk hafazan masa cuti."



Makin banyak juzuk yang dah hafal, makin tinggi risiko untuk lupa. Kena bersungguh-sungguh murajaah dan jaga hafazan yang lama supaya tidak lupa. Sayang betul kalau lupa hafazan yang dah dihafal.😢


تعاهدوا هَذَا القُرْآنَ، فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَهُوَ أشَدُّ تَفَلُّتاً مِنَ الإبلِ فِي عُقُلِهَا.


(( Peliharalah Al-Qur`ān ini. Demi Allah yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sungguh Al-Qur`ān itu LEBIH MUDAH TERLEPAS (HILANG) berbanding unta dari ikatannya.)) (Muttafaqun Alaihi)


Semuanya boleh dengan bantuan Allah.🤲🏻

Friday, August 14, 2026

UNTUK APA BELAJAR ❓❓


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 8/2/2024


Ketika sekolah menengah dulu, saya mengalami fasa keliru, mempersoalkan: APA MANFAAT SAYA BELAJAR? 


Tapi tidaklah sampai berhenti belajar. Cuma overthinking SETIAP HARI. Berdoa agar dapat keluar dari kekeliruan ini.



Allah lorongkan belajar bahagian dakwah, b.Arab, Usuluddin, Tafsir dan Ulum Al-Quran.


Saya temui jawapan: Ilmu itu untuk MEMBENTUK diri, keluarga, masyarakat sekeliling kita.


((Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak manfaatnya bagi manusia.)) (HR. Ahmad)


Kepada anak-anak remaja yang dalam fasa KELIRU ini, berdoalah, carilah jawapan, tapi JANGAN BERHENTI BELAJAR.

Thursday, August 13, 2026

Sampai bila nak ulang hafazan?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 2/2/2024


❓Sampai bila nak ulang hafazan? Sampai ingat?


✅ Tak. SAMPAI MATI. Ya, itulah HARAPANNYA, dapat istiqamah ulang Al Quran hingga AKHIR HAYAT.


Nak habiskan jadual hafazan LAMA ambik masa hampir 3 tahun. 



Sehari tasmik 1 juz / setengah. Itulah sisa tenaga yang ada pada jam 6 petang setiap hari. Huhu.


2 bulan lepas diuji lebih 2 minggu tak dapat tasmik sebab sakit tekak. Allah tarik nikmat tasmik Al Quran, buatkan terfikir: Adakah masih mampu nak ulang hafazan 10, 20 tahun lagi?😢

Wednesday, August 12, 2026

Soalan merobek hati

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 2/2/2024



Petikan dari buku ini:



Situasi seperti ini perlu dilalui depan mata dan SENTIASA membuatkan hati tertanya: 


"MAMPUKAH KITA istiqamah tunaikan solat hingga akhir hayat?"


{ رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَیۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةًۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ }



Tuesday, August 11, 2026

Ketika diuji

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/1/24


Ada ketika diuji dengan kesusahan, kesakitan, ditimpa masalah, ujian, hingga menitiskan air mata, berdoalah dengan penuh pengharapan dan khusyuk. 




Doa dan rintihan ketika itu lain penghayatan dan rasanya berbanding doa semasa kita senang hati. Moga Allah perkenankan doa kita semua.

Monday, August 10, 2026

LAMBAIAN HAJI

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/1/2024


Mak abah tunaikan haji masa umur 20an. Abah tak suka lewat-lewat. Lambat adalah pantang bagi abah.


Dan itu juga harapan saya, untuk tunaikan haji ketika muda, tapi nampaknya zaman muda kian ditinggalkan 🤣. 


Pernah usaha untuk pergi haji ketika di Syria tapi tak berjaya walau ada kawan-kawan lain yang berjaya dapat visa last minute. Ada hikmahnya.


Tumpang bahagia untuk rakan-rakan yang menerima JEMPUTAN ALLAH untuk ibadah haji tahun ini. Masyaallah, besar anugerah Allah. Doa setiap hari moga Allah jemput kita untuk tunaikan haji dalam keadaan yang terbaik dan sempurna. Amin.



NOTA: Kenangan umrah 2019. Moga kita semua direzekikan lagi dalam keadaan yang terbaik dan sempurna. Amin

Sunday, August 9, 2026

ILHAM KEMBARA.

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/1/2024


Seorang penulis dapat menghasilkan karya natijah dari kembaranya. Kita yang bukan penulis hanya mampu beli souvenir dan tangkap gambar buat ✌🏻 sahaja ketika melancong.😅


Selesai membaca buku SETELAH HUJAN KERING karya Dr. Ummuhani Abu Hassan, mengingatkan saya kepada karya-karya penulis yang sebelum ini yang dihasilkan dari pengalaman dan kembaranya termasuklah novel BAROMKEH, MATAMU DI MATAKU yang dihasilkan selepas safar ilmu di Syria hampir 20 tahun lalu.








Itulah kelebihan seorang penulis yang dapat mengutip mutiara ilmu dan disalurkan menjadi karya.


الْحِكْمَةُ ضَالَّةُ الْمُؤْمِنِ فَحَيْثُ وَجَدَهَا فَهُوَ أَحَقُّ بِهَا

(( Hikmah merupakan harta yang hilang milik orang mukmin; di mana saja dia dapatinya, maka dialah yang paling berhak ke atasnya.)) AT TIRMIZI


Begitu juga yang dilakukan oleh Al Marhum Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam dalam musafirnya. Banyak ilham untuk menghasilkan buku diperolehi ketika bermusafir.


Antaranya terjemahan Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Al Ghazali ketika Al marhum Sheikh ke Damsyik, Syria, terjemahan kitab Bustanul Arifin karangan Imam An Nawawi ketika ke Kota Nawa, Syria.


Begitu juga terjemahan kitab Ayyuhal Walad karangan Imam Al Ghazali setelah Al marhum Sheikh menyampaikan kertas kerja tentang kitab tersebut di Hyderabad, India.


Itulah yang diceritakan oleh muridnya dalam buku BIOGRAFI AL MARHUM SHEIKH AHMAD FAHMI ZAMZAM, PATAH TUMBUH, HILANG TAK BERGANTI.

Saturday, August 8, 2026

Study @anak?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/1/24


Allah tetapkan perjalanan kami belajar adalah bersama anak-anak.


1. Masuk final years exam ketika sarat mengandung. Abd Rahman lahir lepas jawab semua paper.


2. Ketika kami buat master, ada Abdullah. Tiap kali exam, baby demam. Kita tak stress pun exam,baby yang stress kot.😅



3. Masuk defend proposal phD dalam keadaan tahan muntah mengandungkan Ahmad. Masa pantang, guna untuk tulis tesis. Ahmad dah sekolah baru maknya habis PhD😅.


4. Hasrat di hati, bila anak-anak dah besar nanti, kembali bertalaqqi di negara-negara Arab. Insyaallah. Lani kita dengar online saja dulu. Nikmatnya ilmu.


Semoga anak-anak/pelajar-pelajar dapat semangat belajar LEBIH tinggi. Buat rakan-rakan/ pelajar-pelajar yang sambung mengaji, moga Allah mudahkan urusan. Amin.

Friday, August 7, 2026

HIKMAH MUSAFIR

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 31/12/23


Bermusafir mengajar banyak perkara. 

- Mendengar dan belajar dari pengalaman orang lain. Mengenali orang-orang baru. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.






Selalunya Ahmad Zaid lah ahli jemaah yang termuda.😅


- Tambah ilmu. Melihat kehidupan penuntut ilmu di tempat manoriti muslim. Semangat mereka menuntut ilmu menghafaz Al-Quran walaupun dalam kesusahan.



- Membina kenangan bersama anak-anak.


Acik-acik kata muka Abang Abbudey dan Abdullah macam Tomok masa muda.😅

🧒🏻🧒🏻: Mama, Tomok tu sapa?

🧕🏻: Nanti mama tunjuk dalam Google 😅

Thursday, August 6, 2026

Fasa meninggalkan Maahad.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 31/12/23


Mendapat anak murid yang soleh solehah, yang sentiasa memikirkan untuk terus mengamalkan ilmu yang diajar di Maahad dulu, menenangkan hati, sentiasa mendoakan guru adalah rezeki Allah yang besar.



Fasa selesai mengaji dari Maahad adalah FASA CABARAN bagi pelajar untuk terus istiqamah dengan amalan harian yang dilakukan sepanjang berada di Maahad dahulu. 


Ditambah dengan cabaran dunia luar yang menggoda, kesibukan menuntut ilmu yang berganda, hidup berdikari menuntut MUJAHADAH yang diri dalam diri remaja menuju awal dewasa.


Teruskanlah bangun malam seperti yang diamalkan di Maahad dahulu, merintih dan berdoa kepada Allah moga selamat dan berkat kehidupan remaja antum/ antunna.

Wednesday, August 5, 2026

Muda dan tua

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 29/12/23


Pagi ini hati terkesan dengan kata-kata yang selalu dengar dalam kuliah:


مَنْ شَبَّ عَلَى شَيْءٍ شَابَ عَلَيهِ


Orang yang masa mudanya biasa buat sesuatu perkara, nescaya pada masa tuanya juga dia biasa buat perkara tersebut.



Kerana itulah kita mahu BIASAKAN DIRI sendiri dan anak-anak zuriat kita dengan amal soleh, membaca Al Quran setiap hari agar bila tua nanti tak kekok untuk melakukannya, seterusnya mati dalam kebaikan yang kita biasa lakukan dengan keikhlasan, insyaallah.

Tuesday, August 4, 2026

LALUAN HIDUP YANG BERBEZA

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 26/12/23

 

Laluan hidup kita berbeza. Ada perkara yang amat SUKAR bagi kita, tapi MUDAH yakmat bagi orang lain. Begitulah juga sebaliknya.


Contohnya bab amik lesen. Dari zaman kapal terbang MH370 hilang sampai zaman kapal selam tenggelam, segala ayat penerang hati dah baca, ayat pelembut hati kat JPJ pun dah baca, barulah dapat lesen🙃😅.



Walaupun bab ni UJIAN buat kita, tapi ada bab lain yang Allah MUDAHKAN bagi kita.


اعْمَلُوا، فَكُلٌّ ‌مُيَسَّرٌ لِمَا خُلِقَ لَهُ


((Beramallah, kerana setiap orang itu dipermudahkan untuk (melakukan) apa yang diciptakan baginya.)) HR BUKHARI MUSLIM.

Monday, August 3, 2026

KEMAHIRAN BERUCAP vs KEMAHIRAN BERSEMBANG.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/12/23


Dua kemahiran bukan sekadar keluarkan suara, tapi perlu ADA IDEA, dan dua-dua ada kepayahannya tersendiri.



Percayalah ada orang LEBIH SUKAR untuk bersembang berbanding bagi ucapan.🤣


Tak ada idea nak sembang apa? Kalau diberi pilihan, tak mau bersembang-sembang 😅, kekok, krik..krik..(tiba-tiba senyap sepi) sembang macam nak bergaduh😅. Sentiasa fikir senyap adalah pilihan yang TERBAIK.


Ya, itu ciri-ciri orang introvert.

Sunday, August 2, 2026

Kita: Lemah - kuat - lemah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/12/23


👦🏻: Mama, mama kan sama umur dengan Ronaldo, mama kenalah pandai main bola macam Ronaldo.


🧕🏻: 😑




Antara perkara yang saya rasakan di usia ini ialah: tubuh badan ini tak sesihat dan seaktif dulu. Salah sikit je mulalah sakit sana sini. 


Begitulah juga kata suami. Dulu drive pi KL balik hari tu mudah je. Lani pun ok, cuma rasalah penatnya. 


Itu kebenaran firman Allah:

((Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan LEMAH, selepas berkeadaan LEMAH itu Ia menjadikan kamu KUAT. Setelah itu Ia menjadikan kamu LEMAH pula serta TUA BERUBAN. Ia menciptakan apa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.))


Jeles tengok Ahmad sepak bola siang malam tak penat-penat, tak sakit-sakit badan pun.😅

Saturday, August 1, 2026

TEKANAN EMOSI 🥵


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/12/23


Pernah alami detik sangat-sangat sedih, rasakan diri tidak berguna? 


Saya pernah lalui terutama ketika sakit. Rasa seperti malam tu macam nak mati dah (tapi esok bangun semula pi kerja😅) Ketika itu rasanya kita ni tak punya apa. Allah tarik sikit nikmat sihat terus kita DOWN. 



Terus terasa kita ni mampu nak ajar anak Al Quran, mampu buat apa saja KEBAIKAN dengan PERTOLONGAN ALLAH sahaja. Tiada apa perlu dibanggakan. Jika Allah tak beri, apa pun kita tak ada.


Itulah maksud لا حول ولا قوة إلا بالله

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...