Friday, July 31, 2026

MEDSOS: Syurga atau neraka kita?

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Insyaallah prinsip yang saya CUBA jaga dalam gunakan medsos:

1. Tak perlu buat post perli-perli orang. Kita pun bukan betul selalu. Banyak jatuh tergelincirnya.


2. Kalau rasa nak SENTAP, jangan baca dan elakkan.



Sifir hidup ini adalah seperti hadis nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: كما تدين تدان.

"Apa yang kita buat, ia akan berbalik kepada kita."


Dan kita manusia biasa, tak maksum dan banyak kesilapan. Moga Allah jaga kita dari bertambah dosa guna medsos.


Gunakan medsos untuk TAMBAH PAHALA. Insyaallah.

Wednesday, July 29, 2026

BUKU BEST SELLER ANTARABANGSA

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/12/23


Buku LA TAHZAN karangan Sheikh A'idh Al Qarni ini amat memberikan inspirasi dan motivasi bagi jiwa yang resah, gelisah dan kesedihan.



Patutlah jadi best seller dan diterjemahkan di serata dunia.


Janganlah bersedih pada hal-hal yang remeh temeh, fokuslah pada perkara positif, buang sangka buruk dan renungkanlah nikmat Allah.

Monday, July 27, 2026

SETITIK DEMI SETITIK ILMU

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 5/12/23


"Menuntut ilmu itu ibarat setitik demi setitik air."


Tak ada orang yang tiba-tiba terus pandai baca Al Quran, pandai tafsir. 



Semuanya perlu SELANGKAH DEMI SELANGKAH. Kenal huruf, perkataan, boleh baca ayat, pandai tajwid, faham tafsir Al Quran dan ilmu-ilmu lain. Step by step.


Dan titisan ilmu itu TIDAK AKAN PENUH kerana KELUASAN ilmu itu tidak bertepi. Yang penting PERLU SENTIASA BERSEMANGAT TINGGI untuk menuntut ilmu.


رب زدنا علما.

Moga Allah tambahi ilmu kita.

Saturday, July 25, 2026

GUNAKAN NIKMAT KEMUDAHAN TEKNOLOGI DALAM MENDIDIK ANAK.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 30/11/23


30 tahun dulu, saya hafal QURAN dgn dengar BACAAN EMAK yang mak record dalam kaset dalam radio. Dah hafal lancar, baru tasmik dengan mak. Nak beli KASET full set mahal masa tu, kumpul duit baru dapat beli.



15 tahun dulu, Abd Rahman dan Abdullah hafal Quran dengan ulang dengar bacaan daripada PEN AL QURAN. Dah hafal,tasmik dengan mama. Pen Al Quran orang bagi.


SEKARANG, Ahmad hafal Quran dengan ulang dengar bacaan apps Al Quran Android dalam handphone. Dah hafal, baru tasmik dengan mama.


Teknik yang sama, bahan bantu belajar yang berbeza mengikut PEREDARAN ZAMAN. DENGAR, HAFAL DAN TASMIK.




NOTA: RECYCLE VIDEO TAHUN 2022.

Thursday, July 23, 2026

ISTIMEWA MALAM.

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 26/11/23


Malam itu punya RASA yang tak ada pada siang hari.


Baca Al Quran, solat, doa, tadabbur, munajat, membaca, menulis pada waktu MALAM, tak sama RASANYA jika dilakukan ketika pagi.



SYAHDU sunyi MALAM tak dapat dirasai pada SIANG hari. Itulah AJAIBNYA malam.

{ إِنَّ نَاشِئَةَ ٱلَّيۡلِ هِيَ أَشَدُّ وَطۡـٔٗا وَأَقۡوَمُ قِيلًا }

[Surah Al-Muzzammil: 6]


Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.

الميسر:

إن العبادة التي تنشأ في جوف الليل هي أشد تأثيرًا في القلب، وأبين قولًا؛ لفراغ القلب مِن مشاغل الدنيا.

Tuesday, July 21, 2026

KEUNGGULAN.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 26/11/23


Dalam hidup, kita sering lihat orang yang dikurniakan KEUNGGULAN dalam aspek-aspek tertentu seperti penulisan, seni suara, genius, bijak berniaga, hebat dalam kemahiran dan macam-macam lagi.



KEUNGGULAN yang kita rasakan seperti gifted, berbakat, kurniaan Allah khas untuk dirinya.


Dan masing-masing kita juga mempunyai KEUNGGULAN YANG TERSENDIRI. Carilah ia, renungkan dalam diri dan gilaplah ia, moga lebih BERSINAR, Insyaallah.

Sunday, July 19, 2026

PESONA BUKU💕


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 26/11/23


Ada buku yang ketika kita baca, indahnya bagai berguling-guling di taman bunga.🙃


Ada buku yang ayat-ayatnya bagaikan anak panah, tepat panahannya terus hati. Syahdu.



Puas hati bila isi buku menjawab persoalan-persoalan yang berlegar-legar dalam minda selama ini.💡


Begitulah nikmat pesona buku. Masyaallah.

Alhamdulillah.💕

Friday, July 17, 2026

KELAS TEBUK/ TANYA AL QURAN UNTUK AHMAD ZAID.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 26/11/23



Realitinya makin banyak dah hafaz Al Quran, makin perlu LEBIH USAHA untuk murajaah supaya tak lupa.


Kerana itu, saya daftarkan Ahmad kelas online untuk tebuk hafazan saja (macam mama dan abang-abang juga). 


Sekali seminggu. Setengah jam untuk satu sesi.




Alhamdulillah dapat ustazah yang baik, ceria dan punctual.


Insyaallah semoga hafazan Ahmad lebih berkualiti insyaallah.



Nota: Kalau ada bekas yogurt, kenapa perlu beli phone holder 🤣🙃

Wednesday, July 15, 2026

AKU BAHAGIA?

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 26/11/23


😊 Kunci KEBAHAGIAAN itu adalah SYUKUR.




مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ آمِنًا فِي سِرْبِهِ مُعَافًى فِي جَسَدِهِ عِنْدَهُ قُوتُ يَوْمِهِ فَكَأَنَّمَا حِيزَتْ لَهُ الدُّنْيَا بِحَذَافِيرِهَا.

"Barangsiapa yang berada keadaan AMAN pada dirinya, SIHAT tubuh badannya dan dia memiliki MAKANAN PADA HARI ITU, maka dia seolah-olah MEMILIKI SEISI DUNIA." (HR At-Tirmizi)



📝📝 Nota kuliah LA TAHZAN. 


اللهم أدم علينا نعمك وزدنا من فضلك وبارك لنا فيها.

Semoga Allah kekalkan nikmatNya kepada kita, tambahkan kurniaanNya dan memberkatinya.🤲🏻

Monday, July 13, 2026

HADIAH KAHWIN.


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 25/11/23


Ketika penulis kitab bestseller antarabangsa LA TAHZAN/ JANGANLAH BERSEDIH ditanya tentang rahsia penerimaan masyarakat terhadap buku tersebut, jawab sheikh: 



Kerana ia merawat MASALAH UMAT SEJAGAT, masalah dalaman. Semua orang mengalaminya dan mencari penawarnya.



Sheikh juga berharap penerimaan ramai kepada buku tersebut menjadi tanda amalannya diterima ALLAH dan ikhlas kerana ALLAH.


P/S: Teringat buku ini antara salah satu hadiah perkahwinan kami 18 tahun lalu yang masih ada lagi hari ini.

Saturday, July 11, 2026

MERASA MULIA DENGAN HAFAL AL QURAN


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/11/23


Setiap hari mengulang ayat Al Quran BANYAK kali diingati. Allah pilih mereka dari ramai-ramai manusia untuk bersama Al Quran setiap hari, sepanjang hayat. Ia adalah KEMULIAAN.




Semua yang BERKAIT dengan perkara yang MULIA akan menjadi MULIA.


Ia tidak berhenti pada menghafal. Perlu TAMBAH ILMU untuk faham, tadabbur dan amalkan Al Quran. Maka BERTAMBAH-TAMBAHLAH kemuliaan.

Thursday, July 9, 2026

Manusia boleh berubah?

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 17/11/23


Selalunya share pasal BUKU, kali ni kita share pasal KUPI😅


Seriously dulu memang tak minum kopi LANGSUNG. Bila minum jadi pening. 


Tapi orang sekeliling ramai yang minum termasuk rakan sekerja. Lepas banyak kali cuba, baru boleh minum kopi.



Konklusinya:

1. Manusia itu boleh berubah.

2. Biah/ persekitaran mempengaruhi perubahan kita.

Tuesday, July 7, 2026

MENDIDIK ANAK REMAJA

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/11/23


Mendidik anak remaja itu tidak mudah melainkan Allah yang permudahkan. 


Ibarat melalui titian kehidupan yang kiri kanannya penuh dengan godaan, berperang menepis hasutan nafsu dan syaitan yang menyerang. 



Perisai yang melindungi diri adalah IMAN DAN TAQWA. Semuanya perlu kepada doa, solat malam, pantauan, nasihat, islah diri dan memohon pertolongan Allah.


Allah bantu kita dan anak-anak ini untuk melalui fasa ini dengan IMAN DAN TAQWA. Amin.

Sunday, July 5, 2026

RAGAM PELAJAR SEKOLAH RENDAH 1

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 16/11/23


DALAM MASJID PAGI INI. Pelajar darjah 1 datang bertanya:


👦🏻: Ustazah, Ustazah selawat tak masa mai sekolah pagi ni?


🧕🏻: 😅. Ya, kenapa?



👦🏻: Ana selawat dalam kereta, dari rumah sampai kat sekolah.


😅 


Masyaallah. Didikan ibubapa yang baik. Menerapkan nilai-nilai ibadah dalam setiap saat.

Friday, July 3, 2026

KONSISTEN: Ia paling disukai

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/11/23


Lazimilah ibadah sedekah walaupun sedikit.


Ada sikit, bagi sikit. Ada banyak, bagi lebih. Yang penting istiqamah.


أَحَبُّ الْأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ.


“Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling konsisten meskipun sedikit.” HR. Bukhori, dan Muslim



Salam Jumaat, Jangan lupa *3 S*

Sedekah

Selawat

Surah Al Kahf

Wednesday, July 1, 2026

APA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA SEDIH DAN GEMBIRA?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 11/11/23


APA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA SEDIH DAN GEMBIRA?


BILA SEDIH:

{ وَلَقَدۡ نَعۡلَمُ أَنَّكَ یَضِیقُ صَدۡرُكَ بِمَا یَقُولُونَ. فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَكُن مِّنَ ٱلسَّـٰجِدِینَ }

[Surah Al-Ḥijr: 97-98]


(( Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan.


Oleh itu, BERTASBIHLAH ENGKAU dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari ORANG-ORANG YANG SUJUD.))


Keluar buat kerja lain, berjumpa orang, ambil suasana lain, jangan fokus dan terus duduk dalam kemurungan.



BILA GEMBIRA:

{ فَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ وَٱسۡتَغۡفِرۡهُۚ إِنَّهُۥ كَانَ تَوَّابَۢا }

[Surah An-Naṣr: 3]


((Maka UCAPKANLAH TASBIH dengan MEMUJI Tuhanmu dan mintalah AMPUN kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...