Saturday, November 9, 2024

Tak mahu terkenal?

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 21/7/22



👦🏻: Mama, mama baca buku apa tu?


🧕: Buku ni pasal ulama-ulama yang tak mau terkenal, tak mau viral.



👦🏻: Awat pulak tak mau terkenal? Ahmad dulu kalau Ahmad tak kenal kawan Ahmad, Ahmad tengok nama kat poket dia.


🧕: Ha? (Mama yang silap cakap, atau Ahmad yang silap paham)😅

Thursday, November 7, 2024

Jangan lupakan jasa mereka

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/7/22


Dalam hidup kita, manusia hadir dan pergi. Ada yang mungkin hanya kita kenal dalam sedikit tempoh masa, tapi banyak kenangan dan kebaikan yang ditinggalkan.


Ada yang bila teringatkan mereka, akan mengingatkan kepada budi pekerti, akhlak mulia, komitmen dan kesungguhan mereka.


من أسدى إليكم معروفا فكافئوه، فإن لم تجدوا ما تكافئونه به فادعوا له.


Barangsiapa yang berbuat baik kepada kamu, maka balaslah kebaikannya. Jika kamu tidak mampu, maka doakanlah dia.



 وَلَا تَنسَوُا۟ ٱلۡفَضۡلَ بَیۡنَكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِیرٌ 

[Surah Al-Baqarah: 237]


Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.


جزاكم الله خيرا كثيرا

Tuesday, November 5, 2024

Jangan baca sesuka hati!

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 20/7/22


Sungguh MEMBACA AL QURAN itu melatih otak untuk FOKUS dan SANGAT TELITI.


Setiap huruf, perkataan ada CARA bacaannya. Bukan boleh dibaca sesuka hati. Perlu dengan ilmu. Perlu tahu panjang pendek, makhraj huruf dan lain-lain.



Dengarlah bacaan Al-Quran SELALU. Ia sangat membantu lidah membacanya dengan TEPAT. SUNGGUH!


Saya sarankan bacaan Sheikh Ayman Suwaid. Kerana bacaan yang dan makhraj yang TEPAT.

Sunday, November 3, 2024

Belajar pengurusan masa dan hidup daripada suri rumah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 18/7/22


Mak seorang suri rumah sepanjang masa seumur hayat mak. Ketika kami kecil, mak berkhidmat sepenuh masa untuk anak-anak. Bila kami dah dewasa, mak berkhidmat untuk abah pula, menguruskan abah setiap hari.


Daripada mak saya belajar pengurusan masa dan hidup.


Ketika kanak-kanak, saya lihat mak mesti bawa list barang yang nak dibeli. Supaya tak ada yang tercicir. Seminggu sekali pergi Giant topap barang dapur.



Kerja yang banyak perlu diuruskan dengan checklist.


Tentang pengurusan masa, kami dididik supaya jangan lambat. Abah cukup marah kalau pesakit di klinik lambat dari temujanji. Abah dan Pakwa cukup rimas bab lambat.


Saya melihat mak akan selesaikan semua kerja dari pagi. Basuh baju, memasak. Dah siap, baru berehat. Tengahari, kutip kain dan lipat.

Antara checklist kerja


Kita manusia punya banyak kekurangan. Namun ambillah teladan yang baik daripada orang sekeliling kita.


Allah ampuni dosa kita semua dan tutup keaiban kita.

Friday, November 1, 2024

Kesan ilmu yang ditinggalkan

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 17/7/22


Sungguh ilmu itu boleh lenyap jika tidak diamalkan, dimanfaatkan dan diulangkaji.


Termasuklah ilmu Nahu yang hampir 20 tahun ditinggalkan selepas tamat kuliah dakwah.


Itulah tujuan masuk kelas Bahasa Arab online, supaya dapat gilap semula ingatan kepada ilmu nahu yang dah berhabuk.






Dalam kelas ini, semua pelajar (pelbagai peringkat usia) akan baca mengikut giliran dan ditanya soalan. Kecut perut bila ditanya tentang i'rab. Lupa banyak dah.


Menuntut ilmu itu tiada penghujungnya kecuali kematian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...