Tuesday, November 15, 2022

Semuanya adalah daripada Allah

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 24/4/2021


Renungkan....


Sehari-hari kita penuh dengan kesibukan dan tugasan. To do list panjang berjela.


Tiba-tiba, datang detik Allah nak ingatkan: "Wahai manusia, setiap sesuatu yang engkau lakukan adalah dengan perkenan, taufik hidayah daripadaKu."



Jika Allah tak izinkan, nak turun katil pun kita tak mampu.


SEMUA GERAK GERI kita adalah dengan bantuan Allah.


Bersyukurlah kerana mampu beribadah, mampu bekerja, mampu turun dari katil untuk teruskan kehidupan.


Jangan putus asa, tingkatkan semangat dan usaha meneruskan perjuangan.

Friday, November 11, 2022

Kerana identiti manusia itu rapuh

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/4/2021


Janganlah dilihat pada diri seseorang. Mereka punya kelemahan dan manusia boleh berubah. 


Mungkin akan tiba masanya kita kecewa dengan individu yang pernah kita puja satu ketika dulu.




Tapi lihatlah pada prinsip yang dibawa. Prinsip yang baik untuk dicontohi.


Manusia itu ada identitinya. Kita dapat kenali apa prinsip yang selalu dibawa dan diulang-ulang sentiasa.


Orang yang menyeru kepada kebaikan tak ubah seperti orang yang melakukannya.

Tuesday, November 8, 2022

Menghormati rezeki

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/4/2021


"Kalau jumpa pensil, jangan buang, ambil simpan dalam kelas, nanti siapa hilang pensil, boleh ambil di situ. Semua tu rezeki Allah. Tak baik membazir. 


Rezeki Allah bagi kena jaga elok-elok, syukur dan hargai. Takut kalau kita kufur nikmat, nanti Allah tarik nikmat.



Masa di Syria dulu, ustazah tengok orang Arab kalau ada cebisan roti pun, orang akan ambil letak di tempat tinggi, menghargai rezeki dan kalau-kalau burung datang makan cebisan roti tersebut. Mereka tak biarkan di atas jalan, nanti dipijak-pijak pula." Panjang tazkirah sebelum mula Halaqah hari itu.


Semoga nikmat Allah berkekalan dan kita tergolong di kalangan orang yang bersyukur.


👦🏻: Ustazah, tapi kalau roti atas lantai, nanti semut boleh makan.



.............................

Saturday, November 5, 2022

Tadabbur dalam tasmik

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 23/4/2021


Mendengar anak murid murajaah Surah An Naziat dengan lancar, Alhamdulillah.


Sambil tasmik, cuba untuk tadabbur maksud surah tersebut.



Dalam rasa senang hati dengan kelancaran hafazan anak pelajar, terselit rasa gerun dengan suasana hari kiamat, seperti yang diceritakan dalam Surah tersebut.


Ketika itu tertunduk pandangan kerana ketakutan.


Semoga ianya mudah untuk kita hadapi, Amin.🤲🏻

Wednesday, November 2, 2022

Ringan tulang

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 22/4/2021


"Takpe-takpe, tak payah susun kerusi meja tu, Fitrah, nanti ada tetamu nak mai lagi." Larangan kepada anak murid TM yang datang beraya di rumah dulu, sebelum era Covid19. Mereka sudah lama meninggalkan alam persekolahan dan sudah bekerjaya.


Sepanjang menjadi guru, pasti akan ada pelajar yang sangat ringan tulang, mudah membantu. Begitulah juga yang diceritakan oleh maklang saya, seorang guru di Johor dulu.



Tak, tak. Bukan membodek guru, kerana begitulah sikapnya dengan semua guru, setiap hari. Walaupun adakalanya mereka agak ketinggalan dalam pelajaran, namun mereka terhias dengan akhlak mulia dan sentiasa ingat kepada guru.


"Ustaz, Ana ada di Turki sekarang, nak balik Malaysia, ustaz ada nak kirim apa-apa?"


Begitulah antara pengalaman seorang guru. Betul kan rakan-rakan guru?


Semoga keberkatan Allah sentiasa bersama para pelajar, sentiasa dekat dengan Allah. Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...