بسم الله الرحمن الرحيم
Ya ALLAH.
Anak-anak kecil ini memang jujur perasaan mereka.
Tangisan mereka jujur.
Gelak tawa mereka juga jujur.
Semangat mereka jujur.
Tidak berpura-pura.
Masih saya teringat lagi betapa sedihnya anak-anak apabila berpisah dengan rakan-rakan mereka.
Suasana sedih menyelubungi perasaan Hinggakan kami yang melihat pun terasa sebak hingga menitiskan air mata |
Begitu juga keadaan ketika dalam sesi pengajian hadis kitab Riyadus Solihin di rumah.
Pengajian kitab Riyadus Solihin bersama baba setiap malam Alhamdulillah ketika penghujung bulan 2 yang lalu (ketika entri ini ditulis) sudah sampai hadis ke28, bab Sabar. |
Istiqamahlah hendaknya.
Ya Rabb
Pada suatu malam, dalam pengajian hadis di rumah ini, kami membaca hadis ini:
Hadis yang menceritakan tentang betapa sakitnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ketika Sakaratul Maut
Ketika baba menerangkan tentang hadis ini, Abdullah tidak tertahan rasa sedihnya, menekupkan muka ke buku dan menangis teresak-esak hinggakan kami yang melihatnya pun turut rasakan sebak.
Merah padam muka Abdullah menangis kesedihan mendengar huraian hadis ini.
Air mata bergenang di mata kami.
Pengajian malam itu tidak dapat diteruskan.
Abdullah terlalu sedih.
Hanya dapat baca 1 hadis sahaja.
Sebak di dada.
Begitu juga apabila bersemangat, kanak-kanak ini amat jujur pada semangat mereka.
Abdullah seringkali bertanya:
"Mama, bila mama nak transfer semua duit dalam Tabung Haji adik ke akaun Maahad Al Iman? Banyak kali dah adik suruh mama transfer semua duit dalam Tabung Haji adik. Adik nak bagi semua duit adik kat Maahad Al Iman."
Allah.....
Tidak cukup dengan duit yang keluarkan semua dari tabung peribadi mereka (pernah diceritakan dalam entri DI SINI) , semua duit simpanan dalam Tabung Haji pun ingin didermakan kepada Maahad Al Iman.
Allah...
Begitulah betapa jujurnya emosi kanak-kanak ini.
Moga kita semua juga tergolong dalam kalangan orang yang jujur dan terkenal di sisi Allah sebagai orang yang jujur.
Amin Ya Rabb
No comments:
Post a Comment