Thursday, January 31, 2019

Seminggu Ahmad Zaid demam

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 29/10/2018.

Virus demam yang melanda baru-baru ini menyebabkan ramai orang yang tewas diserang sakit dan ramai yang masuk hospital.

Astaghfirullah...moga Allah ampunkan segala dosa kita.

Begitulah juga dengan keluarga kami.

Bermula dengan baba selama lebih kurang 4 hari demam, Abdullah selama lebih kurang seminggu, Ahmad Zaid seminggu dan Abang Abbudey selama sehari (Abang Abbudey sangat bersemangat untuk bersekolah, dia tidak suka jika tidak pergi ke sekolah, jadi dia usaha untuk gagahkan diri untuk sembuhkan diri dari demam).

Yang amat kasihan ialah apabila Ahmad Zaid yang demam batuk selama seminggu. Kami amat runsing  jika terdapat jangkitan kuman dalam darah. Kerana sebelum itu terdapat beberapa kes anak kepada rakan-rakan yang ditahan di Hospital kerana demam yang berpanjangan dan mengakibatkan jangkitan kuman dalam darah.

Apabila demam Ahmad Zaid sampai ke hari ketiga, kami mula risau. Batuk pula kerap. Pelbagai klinik yang kami pergi. Klinik homeopathy dan juga klinik biasa.

Ahmad Zaid amat kasihan kerana dia tidak mahu makan langsung.
Hanya minum susu botol sahaja hampir seminggu

Kami juga terpaksa ke Kuala Lumpur walaupun Ahmad Zaid demam kerana perlu uruskan pembelian buku Bahasa Arab untuk pelajar maahad. Wajah Ahmad Zaid yang muram sahaja kerana demam.
Ahmad Zaid juga asyik terbaring dan mahu tidur sahaja. Dia tidak larat untuk bermain.

Jika kebiasaannya Ahmad Zaid selalu ceria, asyik berlakon azan, mengaji dan nasyid menggunakan wayar yang dianggap mikrofon, bila demam, kami rindu gelagat Ahmad Zaid itu.

Tiada lagi suara Ahmad Zaid azan dan mengaji.

Sedih sangat apabila lihat Ahmad Zaid hanya terbaring kelemahan, batuk-batuk dan muntah beberapa kali.

Tidur malam kami pun agak terganggu kerana anak-anak terjaga. Akibatnya rasa penat dan letih di pagi hari di tempat kerja hampir 2 minggu akibat anak-anak yang bergilir-gilir tidak sihat dan berjaga malam.

Ahmad Zaid bangkit main sebentar sahaja, mainan yang baru baba beli untuk menghiburkan Ahmad Zaid, kemudian sambung tidur keletihan.

Kasihan sangat Ahmad Zaid asyik lena apabila dalam kereta dalam perjalanan ke Kuala Lumpur

Gambar yang dihantar oleh pengasuh di neseri.
Ahmad Zaid asyik tidur sahaja dan tidak mahu bermain.

Alhamdulillah apabila Ahmad Zaid telah sihat, kami rasa bersyukur amat sangat.

Di bawah ialah video Ahmad Zaid sehari selepas dia telah sihat.

Kami kembali mendengar suaranya mengaji.

"Tunjuk kat mama acik (makcik pengasuh di neseri)"
Ahmad Zaid minta tunjuk video dia mengaji kepada mama acik

Alhamdulillah...

Syukur kepada Allah yang mengurniakan nikmat sihat kepada kita semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...