بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 25.8.2018
Pada usia 2 tahun 10 bulan ini, Ahmad Zaid kelihatan suka belajar.
Banyak soalan yang ditanya kepada kita. Contoh dia ambil buku, tunjuk huruf dan tanya kepada kita : " Ni apa?"
Begitu juga apabila moodnya baik, dia mudah untuk baca buku.
Keadaan dan masa yang biasanya Ahmad Zaid mudah untuk belajar ialah ketika dia manja-manja dan suka bersembang.
Ketika itu jika ditanya:
"Ahmad, jom baca buku."
Pasti dia mahu baca, insyaAllah.
Ahmad Zaid kelihatan banyak menyerupai Abang Abbudey yang banyak bercakap ketika kecil.
Tidaklah setiap hari Ahmad Zaid baca buku Al-Furqan ini. Adakalanya terlupa juga.
Kadang-kadang selang sehari atau dua, baru berkesempatan untuk baca buku Al-Furqan.
Seperti dalam video ini
Alhamdulillah, banyak huruf yang Ahmad Zaid kenal.
Jika abang-abangnya dahulu mula mengenal huruf Hijaiyyah dengan buku IQRA', kerana ketika itu kami belum kenal lagi buku Al-Furqan.
Kelihatan buku Al-Furqan lebih mesra kanak-kanak kerana dimulakan dengan huruf-huruf yang mudah untuk kanak-kanak kecil sebut, seperti huruf mim, nun...
Alhamdulillah... semoga Allah permudahkan semua anak-anak kita untuk cemerlang dalam dunia Al Quran.
Amin..
No comments:
Post a Comment