Friday, March 10, 2017

Video: Kesabaran menuntut Ilmu

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya pernah kongsikan video Abdul Rahman membetulkan bacaan At Tawwuz DI SINI. InsyaALLAH kali ini saya akan berkongsi video penuh bacaan Al-Fatihaah Muhammad Abdul Rahman di hadapan Sheikh Mahir dan memperbaiki makhraj huruf dan tajwidnya.


Inilah antara aktiviti anak-anak ketika menziarahi Sheikh di Universiti Imam Asy-Syafie di Cianjur pada penghujung Bulan Januari yang lalu.

Jika berkelapangan, sheikh akan mendengar hafazan siswa-siswa selepas solat fardhu di dalam atau luar koridor masjid.

Anak-anak ini bersama mengajak rakan-rakan mereka untuk tasmik hafazan dengan Sheikh Mahir.

"هيا نقرأ القرآن عند الشيخ ماهر"



Rakan-rakan sepermainan mereka.
(anak-anak kepada pensyarah di universiti tersebut)


Dari pagi sampai ke Maghrib mereka bermain di luar rumah.
kawasan di kuarters pensyarah ini InsyaALLAH selamat kerana berpagar dan dikawal, orang luar tidak boleh masuk sewenang-wenangnya.

Anak-anak ini hanya pulang sebentar-sebentar dan ambil biskut untuk alas perut,
Sayang sungguh masa mereka terlepas untuk bermain.
Nak duduk makan pun mereka tak mahu, takut tak sempat nak main.

Macam-macam yang mereka mainkan.Perang rumput menggunakan rumput yang baru dipotong.
Berlawan
Lumba lari

Setiap kali azan berkumandang, mereka akan berhenti main dan terus solat di masjid.

Selepas solat, terus sambung semula bermain.

Cuaca pun sangat elok. Sejuk-sejuk sahaja sepanjang hari. Tidaklah panas ketika bermain di luar. Itu yang lagi seronok mereka bermain.

kerana itulah anak-anak sangat sedih apabila tiba hari pulang semula ke Malaysia.

Seronok sungguh mereka bila berada di Cianjur. Bagaikan syurga

Benteng dan istana yang mereka bina

Mereka akan duduk beratur dalam barisan dan menunggu giliran mereka untuk membaca di hadapan sheikh..

Sheikh akan membetulkan makhraj huruf dan tajwid.


Begitu bersabarnya sang guru untuk memperbaiki setiap makhraj huruf yang salah dengan penuh teliti walaupun Surah Faatihah sahaja, tetapi hingga 5 minit masa diambil untuk memperbetulkan semua makhraj huruf di dalam Surah Al-Faatihah.

Sang pelajar juga mestilah tabah dan banyak bersabar memperbetulkan kesalahan yang ditegur oleh guru. Janganlah ada rasa jemu, bosan dan berputus asa sekalipun terlalu banya kesalahan yang perlu diperbetulkan.

Beginilah yang kami lalui dan biasa dilalui oleh pelajar-pelajar yang memperdengarkan hafazan kepada sheikh dan mengambil ijazah Al-Quran bersama sheikh.

Doa saya sentiasa agar kami sekeluarga diberi peluang yang banyak dan rezeki untuk menghantar hafazan kepada sheikh hingga khatam Al-Quran dan dapat buat ijazah dengan sheikh.

Amin Ya Rabb

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...