بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 4/9/2019.
Beberapa hari lalu rasa teringin nak makan biskut brownies.
Tengok di kedai, boleh tahan juga mahalnya. Terus berazam untuk buat sendiri.
Segera Google resepi yang sesuai, mudah dan menepati bahan yang terdapat di dalam rumah.
Maka, inilah resepinya:
Cuma pada coklat masakan tu, di rumah hanya ada serbuk coklat.
Maka saya pun letak serbuk coklat mengikut kuantiti yang tertulis. Hampir setengah kilo. Banyak juga tu.😅
Bila dirasa adunan tersebut,rasa pahit... Mula rasa kurang yakin.
Saya simpan adunan semalaman, seperti yang disarankan dalam blog tersebut.
Selepas semalaman, saya cuba bakar, hasilnya:
Memang pahit! 😭
Baba dan anak-anak rasa biskut ini.
Memang pahit, komen mereka.
Saya tekad nak buang adunan biskut tersebut, tapi rasa sayang sebab dah guna banyak bahan. Mahal. Sayangnya kalau buang.
Saya simpan semula dalam peti ais.
Hati mula resah.
Macammana nak modified resepi ini supaya dapat jadi sedap macam dalam blog itu?
Saya sembang dengan suami dan minta pandangannya.
Suami bagi cadangan agar meletakkan susu pekat.
Akal terus berfikir dan membayangkan cara untuk modified adunan biskut tersebut.
Sehari selepas itu, saya tambahkan gula halus dan susu pekat hingga rasanya agak manis dan tidak lagi pahit.
Kemudian adunan dibakar.
Saya berikan kepada rakan sekerja dan anak-anak pelajar sambil minta pandangan mereka.
Kata kawan:
"Komen kami, nanti ustazah bawaklah lagi biskut tu."😅😅
Alhamdulillah...saya agak yakin untuk membakar baki adunan yang disimpan dalam peti ais.
Membakar biskut ini memang sangat melekat di dulang pembakar seperti yang ditulis oleh penulis blog.
Saya cuba sapu mentega dan taburkan sedikit tepung di dulang pembakar sebelum bakar biskut. Walaupun ia mengurangkan melekat, namun agak renyah kerana banyak kerja pembersihan perlu dilakukan.
Alhamdulillah Allah bagi ilham supaya beli kertas cawan untuk kuih.
Saya beli kertas cawan untuk kuih, cip coklat dan manik-manik hiasan.
Biskut ini dengan rasa chewy, Alhamdulillah Allah bagi sedap walaupun sebelum itu hampir kena buang adunan biskut kerana pahit.😅
Alhamdulillah lebih memudahkan dan mengurangkan kerja-kerja pembersihan.
Alhamdulillah biskut yang dibakar diberikan kepada lebih ramai rakan sekerja. Moga Allah menerima ia sebagai pahala sedekah, mengampunkan dosa kita dan memberikan ganjaran pahala. Amin..
Seperti biasa, saya tidak menerima sebarang tempahan kerana masalah sakit belakang yang selalu melanda.
Kalau sekadar masak-masak untuk suka-suka bolehlah, tapi untuk mengambil tempahan, agak sukar.
Lagipun rasa tidak yakin. Takut tempahan yang dibuat tidak jadi seperti yang sepatutnya.
Alhamdulillah dari kesedihan adunan biskut yang tidak jadi, Allah gantikan dengan kegembiraan.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment