Thursday, April 16, 2020

Cara untuk travel jauh dengan kucing.

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 20/10/2019


Bulan lepas kami ke Melaka untuk mengambil kucing dari rakan Facebook.

Cattus.

Kucing berusia setahun. Baka Marble Benggal.


Sebenarnya kami tak ada ilmu pengetahuan untuk travel jauh dengan kucing.

Dari Melaka nak ke Kedah. Lebih kurang 7 jam perjalanan sehala.

Kami keluar rumah jam 5 pagi dan sampai di Melaka jam 12 tengahari.

Kemudian kami terus bertolak pulang ke Kedah semula dan sampai di rumah jam 7 petang.


Alhamdulillah, syukur pada Allah semuanya berjalan lancar.

Oleh kerana tiada peralatan untuk membawa kucing travel, kami ke kedai haiwan di Sungai Petani.


Hasratnya nak beli sangkar kucing untuk bawa kucing.

Alhamdulillah pekerja di kedai haiwan ini sangat membantu dan memberikan banyak informasi.


Kedai haiwan yang besar dan bagus.


Rupanya tak perlu beli sangkar.

Hanya perlu beli beg untuk letak haiwan sahaja.



Beg ini kami beli dengan harga rm15 kerana ada sedikit kerosakan pada zipnya yang sudah patah.


Beg ini agak besar juga.

Boleh muat 2 ekor kucing dewasa.


Juga alas jika khuatir kucing akan kencing atau berak dalam begnya.

Tapi alhamdulillah sepanjang perjalanan dari Melaka ke Kedah, kucing langsung tidak buang najis dalam begnya.

Dia hanya duduk diam sahaja dalam beg.

Pekerja kedai haiwan menambah info:

"Sejam sebelum hendak travel dengan kucing, pastikan kucing tidak makan dan minum. Boleh saja bila berhenti di RnR, bawa sekali kucing turun ke tanah jika dia ingin buang air, tapi hati-hati takut kucing lari. Sampai sahaja di rumah, letakkan kucing pada pasir najis atau tanah supaya mereka dapat buang air. Kesian lama dah tahan... "

Kucing takut untuk travel, kerana itulah dia duduk dalam beg diam-diam.


Bila disemak harga beg seperti ini dalam shoppe, harganya lebih kurang begitu.



Alhamdulillah... Perjalanan lancar dan kami cuba untuk biasakan Cattus selama seminggu di dalam rumah.


Alhamdulillah.

Lama kelamaan Cattus makin biasa dengan keadaan sekeliling.


Tobby dan Cattus kesayangan keluarga kami.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...