بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 20/10/2019
Walaupun sejak dari kecil, adik beradik di rumah sering membela kucing, namun saya secara peribadi tidak berapa sukakan kucing, namun tidak pula memukul dan membenci.... Sekadar tidak suka saja, kerana bau yang tidak menyenangkan yang selalu hinggap pada hidung yang agak sensitif dengan bau pula.
Anak-anak pula, Abdullah dan Ahmad Zaid sangat sukakan kucing sejak dari kecil.
Hingga saya pun pelik.
Pada fikiran saya, memang semua budak-budak kecil memang sukakan kucing secara semulajadi sejak dari kecil ke?
Ini adalah Tobby.
Kucing jantan baka marble benggal yang Ahmad Zaid bawa balik dari kedai makan.
"Tuan restoran tu bagi ambil. Dia kata orang yang buang kucing tu di restoran tu." Cerita baba.
Setahun selepas itu, kebetulan seorang kenalan Facebook bertanya samada kami masih ingin kucingnya.
Cattus.
Kucing betina baka marble benggal juga.
Setahun sebelum itu saya sangat tertarik bila melihat Puan Suri upload gambar kucingnya dalam Facebook dan bertanya jika dia ingin berikan kucing tersebut kepada orang lain.
Gambar Cattus ketika kecil yang diupload oleh Puan Suri.
Alhamdulillah kami ke Melaka untuk mengambil Cattus.
Bertolak pukul 5 pagi dari Kedah dan sampai ke Melaka pada jam 12 tengahari.
Selepas itu kami terus pulang ke Kedah dan sampai di rumah lebih kurang jam 7 petang.
Agak memenatkan. Namun alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Cattus mengambil masa lebih kurang seminggu untuk membiasakan diri dengan Tobby dan kawasan sekeliling.
Tobby bermain dengan Cattus.
Pada awalnya, kami membela Cattus dalam rumah selama hampir 3 hari kerana risau Cattus akan lari.
Kemudian kami letak Cattus dalam sangkar di luar rumah dalam masa 3 hari juga.
Apabila nampak Cattus sudah biasa dengan kawasan sekeliling dan dapat berkawan elok, kami lepaskan Cattus bebas.
Alhamdulillah. Cattus dan Tobby hidup dengan baik.
Begitulah, walaupun satu ketika pernah tidak suka dengan kucing, sekarang ia menjadi sebahagian daripada ahli keluarga kami.
No comments:
Post a Comment