بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 13/12/2019
Alhamdulillah, selepas perancangan pada pertengahan tahun 2019 untuk mengerjakan umrah, Allah mengurniakan nikmat yang besar kepada kami sekeluarga pada tanggal 28/11/2019 hingga 10/12/2019.
Allah memperkenankan doa kami untuk mengerjakan umrah bersama seisi keluarga.
Sungguh ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan murah untuk pergi Umrah seisi keluarga. Sungguh ia bukan mudah dan murah bagi kami. Mak, abah dan paksu juga bersama dengan kami.
Sungguh kami berusaha sedaya upaya mengumpul duit untuk menunaikan umrah seisi keluarga.
Ia juga adalah kerana menunaikan janji kepada anak-anak jika mereka khatam hafazan Al-Quran
Alhamdulillah Abdullah dan Abdul Rahman sudah khatam Al-Quran, jadi kami usahakan untuk tunaikan janji.
Begitu jugalah ketika saya khatam Al-Quran ketika usia 14 tahun. Abah berikan hadiah menunaikan umrah.
Masya Allah pengalaman umrah 20 tahun lalu sangat berbeza dengan sekarang.
Begitu juga, ada kawan yang menunaikan umrah dua tahun lalu dan menulis buku tentang perjalanan umrah beliau, tetapi ada beza dengan umrah sekarang.
Contoh yang kecil seperti stroller. Dalam buku beliau ceritakan bahawa stroller tak boleh dibawa masuk ke dalam Masjidil Haram. Namun alhamdulillah pada ketika kami datang menunaikan umrah, alhamdulillah stroller boleh dibawa ke dalam masjid. Boleh digunakan tolak anak-anak ketika sedang tawaf dan saie juga.
Pertama kali sampai ke Mekah, kami ingat tak boleh bawa ke masjid, takut juga jika hilang kalau tinggalkan luar masjid seperti cerita seorang kawan.
Memang agak penat untuk Ahmad Zaid dan kami juga apabila terpaksa dokong Ahmad Zaid sambil mengerjakan umrah.
Lebih-lebih lagi umrah pertama ketika waktu zohor yang agak panas terik.
Begitulah, peraturan di sana sering berubah-ubah.
Insyaallah banyak lagi cerita yang ingin dikongsi pada entri-entri akan datang.
No comments:
Post a Comment