Friday, July 10, 2020

Yang datang, yang pergi, namun ada yang tetap di hati

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini ditulis pada 20/12/2019


Jika dengan pensyarah Usul Hadis saya boleh keep in touch walau telah berbelas tahun berpisah, ada seorang guru yang telah lost contact namun sentiasa mendoakan beliau.


Masih berhubung dengan pensyarah usul hadis ketika di tahun 2 universiti dulu (hampir 15 tahun yang lalu) walaupun jauhnya jarak antara Turki dan Malaysia


 Dari beliaulah saya, rakan² dan adik² lelaki saya mengambil sanad Al Quran.

Pernah sekali, tertinggal walkman(ada siapa tak tau apa itu walkman?) di rumah Anisah. Bila anisah periksa dalam walkman, alhamdulillah yang didengarinya ialah kaset nasyid. Malunya jika dengar bukan², lepas tu terbuka aib dengan guru Al-Quran sendiri.

Daripada beliau, saya belajar ketekunan seorang guru al Quran dan juga ketaatan seorang isteri. Tasmik Al Quran para pelajar di rumah berjam-jam seharian, namun tidak meninggalkan khidmat sebagai seorang ibu dan isteri.

Itulah Anisah Ummu Wasim (Atau nama sebenarnya Mayyadah). Yang telah tasmik kami adik-beradik dan rakan² berjam-jam hingga khatam hafazan dan berjaya mendapat ijazah Al Quran dari Sheikh Muhyiddin Al Kurdi.



Semoga Allah merahmati dan mengampuni dosa guru-guru kita

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...