Entri ini ditulis pada 20/12/2019
Ketika saya berkongsi kenangan menjadi pengarah untuk program diskusi kitab ini pada 14 tahun lalu dalam status Whatsapp (ada ditulis dalam entri sebelum ini)
Saya mendapat respon dari Anisah Maha. Pendiskusi kitab tersebut, ketika tahun 2005.
Masyaallah.. rindunya bila mengenangkan zaman mengaji di Syria dulu
Walaupun kedudukan sebagai seorang pensyarah di Mujamma' Sheikh Ahmad Kiftaro, Damascus, Syria satu masa dahulu, mengajar kami Mustalah Hadis ketika tahun 2, menjadi idola ramai siswi Arab dan asing, tapi masih merendah diri, sering menghantar mesej nasihat, motivasi, ucapan kasih sayang, iringan doa yang tak putus-putus, ucapan hari-hari kebesaran walau lebih 15 tahun tidak bersua muka. Jauhnya jarak antara Turki dan Pantai Cicar tidak menjadi pemutus hubungan. Mulia hati seorang guru. Merendah diri sekali-sekali tidak merendahkan martabat seseorang.
Semoga beliau sentiasa dipelihara Allah dan diberi kebahagiaan dunia akhirat. Amin.
Begitulah sikap seorang guru.
Amat terharu bila dilayan dengan baik oleh pensyarah yang mengajar kita di Universiti dulu.
Semoga kita juga dapat mencontohi sikap guru yang baik.
Amin
No comments:
Post a Comment