بسم الله الرحمن الرحيم
Entri kali ini ditulis pada 20/12/2019
Ketika berada di Mekah, di hotel Swissotel Al Maqam menyediakan pelbagai juadah yang lazat-lazat untuk setiap kali makan.
Antara yang paling menarik ialah jus lobak merah yang dikisar dengan pembuat jus secara langsung tanpa sebarang air.
Saya biasa sebelum ini merasai susu lobak merah.
Tapi kali ini lobak merah sahaja, tanpa campuran air langsung.
Boleh pilih sendiri nak letak ais ataupun tidak.
Rasa jus lobak merah itu sangatlah sedap.
Setiap kali sarapan berdulang-dulang lobak merah yang digunakan untuk membuat jus.
Bayangkan tanpa air. Sebatang lobak merah boleh dapat berapa titis jus sahaja.
Orang ramai juga beratur menunggu untuk mendapatkan jus lobak merah tersebut.
Antara apa yang saya perhatikan bangsa asing seperti arab sangat banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran berbanding orang Malaysia.
Hidangan mereka banyak berasaskan sayur-sayuran.
Sayuran mereka juga bersaiz besar-besar berbanding di Malaysia.
Oleh kerana kami pernah tinggal di timur tengah, jadi terpengaruh juga dengan pemakanan sayuran.
Hidangan sarapan pagi di rumah.
Makan dengan roti.
Alhamdulillah..
Lazat sekali ciptaan Allah.
No comments:
Post a Comment