Saturday, November 28, 2020

Ujian Allah. Appendiks pecah?!

بسم الله الرحمن الرحيم 

Entri ini ditulis pada 28/7/2020

Sungguh kehidupan ini adalah tempat kita diuji. Moga kita semua cemerlang dalam menghadapinya. 



Perkara yang tidak disangka apabila pada awalnya ingatkan baba sakit perut biasa. Selama seminggu baba sakit perut dan tidak dapat tidur malam. Rasa cekang. 

Bila pergi klinik, ada doktor  yang kata gastrik dan diberikan ubat gastrik. 

Baba selepas pembedahan

Bila pergi ke klinik lain, ada doktor yang kata sembelit. Hinggakan baba pergi ke hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, selepas di xray, doktor kata banyak najis dalam perut sebab sembelit. 

Namun sakit masih tidak baik, dan keesokan harinya baba pergi ke Hospital Metro pula di Sungai Petani. 


Doktor melakukan ultra sound dan mengatakan perkara yang sama, iaitu najis dalam perut. 

Pada hari Jumaat baba masih tidak lega dan rasa teramat sakit. Tok cadangkan supaya naik ambulans ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani walaupun sudah pergi 2 hari lepas. 


Selepas diperiksa sekali, baba ditahan wad. 

Malam itu baba maklumkan baba kena puasa dan akan dibedah pagi esoknya kerana doktor kata ada batu. 

Baba masuk bilik bedah jam 1, namun terpaksa tunggu tiba masa pembedahan jam 4 petang, doktor masih tidak pasti dengan punca sakit dalam perut. Doktor kata Appendiks pecah pula. Katanya bila bedah, baru boleh pasti apa punca sakit perut. 

Pembedahan berakhir pada jam 8 malam.

Tok dengan wan baba mama dan semua anak-anak pergi ke hospital jam 2, namun oleh kerana pembedahan belum dilakukan, kami pulang ke rumah jam 5.

Selepas dapat tahu baba dah masuk wad semula selepas pembedahan, kami ke hospital semula dengan pakcik, cik Ikah, tok, tok wan dan semua anak-anak. 

Jarak dari hospital ke rumah dalam 30 minit. 

Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati dan membalas budi mereka semua yang membantu kami ketika baba sakit. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...