Wednesday, December 2, 2020

Dalam ujian ada kemanisan

بسم الله الرحمن الرحيم 

Entri ini ditulis pada 28/7/2020

***Sambungan dari entri yang lepas. 

Selepas baba keluar dari bilik pembedahan, mama perlulah menjaga baba di wad kerana sukar untuk baba tinggal seorang diri. 

Semuanya perlukan bantuan. Kalau gatal pun tak mampu untuk garu sendiri pada hari pertama keluar dari dewan pembedahan. 

Selepas 2 hari, baba dibenarkan minum air. Sebelum itu kena puasa dan dipasang tiub pada pundi kencing. Jadi memang hanya terbaring sahaja dan tidak perlu ke mana-mana. Lagipun belakang badan baba diletakkan tiub saluran Epidural. 

Alhamdulillah ramai anak murid dan rakan taulan yang datang ziarah. Namun selepas pkp dihadkan seorang hingga 2 orang sahaja dalam satu-satu masa. Perlu menulis nama dan maklumat peribadi sebelum masuk melawat. 

Alhamdulillah makin banyak perubahan positif 



Namun selepas 2 hari, tiub Epidural dan tiub kencing dibuka, maka baba perlu ke tandas. Itu juga perlu kepada bantuan. Agak sukar untuk ke tandas seorang diri. 

Setiap kali berjalan ke tandas, luka pembedahan juga akan berdarah. 

Alhamdulillah, sepenuh perhatian dapat diberikan kepada baba bila menjaga baba di hospital. Kalau di rumah tentu sahaja banyak perkara yang perlu dilakukan. Nak kemas rumah, nak jaga anak-anak, nak buat tesis... Namun di hospital, hanya perlu fokus untuk menjaga baba. 

Alhamdulillah ia juga peluang masa bersama kerana sebelum ini pun seperti orang lain, kita sibuk dengan urusan kerja. 

Alhamdulillah ada kemanisan dalam ujian Allah. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...