بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 28/1/2021
Kenangan azan di Masjid Universiti kami, dengan bacaan selawat di hujung azan.
_______________________________
SELAWAT DAHULU SEBELUM SAMBUNG DENGAN DOA AZAN...
Ingin berkongsi sebuah hadith:
عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما أنه سمع النبي صلى الله عليه وسلم يقول : ( إِذَا سَمِعْتُمْ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ، ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ، ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِي الْوَسِيلَةَ ، فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ لا تَنْبَغِي إِلا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ ، وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ ، فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ ) رواه مسلم
Abdullah bin 'Amru bin al-'As berkata beliau pernah mendengar nabi bersabda; "Apabila kamu mendengar (laungan azan daripada) tukang azan maka ucaplah seperti ucapannya, KEMUDIAN BACALAH SELAWAT KE ATASKU, kerana sesiapa yang berselawat padaku sekali, maka Allah akan berselawat (melimpahkan rahmat-Nya) padanya sebanyak 10 kali. Kemudian (sesudah selawat itu) mohonlah pada Allah agar menganugerahkan padaku kedudukan yang tinggi. Maka sesungguhnya ia adalah kedudukan (tinggi) dalam syurga yang tidak diperolehi melainkan kepada seorang hamba Allah (sahaja), Dan aku berharap agar orang itu adalah aku (lafaz ini menggambarkan sifat rendah diri baginda). Maka sesiapa yang mendoakan agar aku memperolehi kedudukan (itu) maka wajiblah ke atasnya syafaat (ku pada hari kiamat kelak) (Sahih Muslim).
Jom... mulakan selawat kepada baginda SAW terlebih dahulu sebelum melanjutkan bacaan doa selepas azan.
Abdullah Bukhari
28 Januari 2018
No comments:
Post a Comment