Tuesday, October 17, 2023

Membeli dan menjual buku terpakai.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 13/10/2021


Alhamdulillah ketika balik menziarahi mak hari tu, Alhamdulillah berjaya untuk melaksanakan perkara yang banyak kali tertangguh:


Iaitu:


Mengemas rak dan menjual buku-buku terpakai.


Sebelum ini saya pernah membeli buku terpakai di Shopee.


Alhamdulillah saya rasakan ia berbaloi dan buku pun dalam keadaan elok.


Tapi saya tak pernah menjual buku terpakai.


Kena pula di KL. Sedangkan di Kedah pun saya tak tahu  mana nak jual buku terpakai, ini pula di KL. Manalah saya tahu tempat nak jual buku terpakai.


Alhamdulillah, saya cuba cari di Facebook. 


Cuma penjualnya di Kelantan. Jadi payah pula nak pos, nak kena cari kotak pula.



Kami pula akan pulang ke Kedah tengahari tu. Jadi tak berkesempatan nak uruskan pos dan cari kotak.


Kemudian saya cuba hubungi kedai buku terpakai di Shopee.


Alhamdulillah pembeli dapat hantar Grab untuk ambil buku tanpa cas Grab.


Kami mendapat RM100 hasil jual buku-buku terpakai tersebut.



Oleh kerana tak ada kotak, jadi bungkus dalam beg plastik hitam sahaja.



Alhamdulillah.

Puas hati rasanya dapat kemas rumah mak.

Alhamdulillah. Allah jualah yang mempermudahkan segala urusan kita.

Alhamdulillah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...