Sunday, November 2, 2025

Mengapa kita diuji?

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Entri ini ditulis pada 3/3/23


Ujian itu untuk menguji dan menentukan kualiti iman.





 لِیَبۡلُوَكُمۡ أَیُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلࣰاۚ 


((Untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.))

Friday, October 31, 2025

Perkara yang TIDAK DISUKAI ketika musafir dengan kapal terbang.

 بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 3/3/23


Antara perkara yang TIDAK DISUKAI ketika musafir dengan kapal terbang ialah:

1. Maksiat mata

2. Banyak masa terbuang


Kerana itu dah pesan siap-siap BANYAK kali kepada anak-anak:

1. Jangan biar masa terbuang, isi dengan ulang hafazan dan zikir. Jangan biarkan hati KOSONG.



2. Jaga pandangan, kita musafir untuk dapat pahala, bukan tambah dosa.


Alangkah indahnya dapat bermusafir dengan suasana yang lebih islamik.

الله يهدينا ويهديهم

Wednesday, October 29, 2025

Hidangan lazat di Solo. Musafir ke Karanganyar, Solo. Siri 5

 


بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/2/23


Pada awal kami sampai di lapangan terbang Surabaya, Sheikh Mahir dan pelajarnya mengambil kami di sana. Perjalanan dari lapangan terbang Surabaya ke universiti Sheikh Mahir di Karanganyar, Solo memakan masa 3 jam. Kami sampai di Surabaya jam 12.30 dan sampai ke universiti hampir jam 5 petang kerana berhenti di jalanan.


Ketika baru mendarat di Surabaya. Selesai Solat jamak Zohor dan Asar. Cuma surau di sana campur kawasan lelaki dan perempuan.


Burger yang sedap. Banyak sayur, roti dan dagingnya rasa padat.


Makan burger sepanjang perjalanan lebih 3 jam dari Surabaya ke Solo


Singgah sebentar membeli di RNR 


Paddle Pop Upin Ipin 


Antara kopi yang sedap




Ketika dalam perjalanan Sheikh menyediakan makanan. Burger. Alhamdulillah sedap.


Sebelum sampai di Karanganyar, Sheikh singgah di Restoran Rocket Chicken untuk belikan kami nasi putih dan ayam goreng.


Dalam bungkusan itu bukan burger, tapi nasi putih.



Makan dalam bilik 

Ahmad cukup suka manggis di Karanganyar. Lebih besar dan lebih manis.

Di sana sudah musim durian, manggis dan rambutan.

Tepi jalan banyak jual durian. Tapi oleh kerana kami sudah tak berapa suka durian, jadi kami tak beli pun 
Sudah musim mangh


Hari pertama di universiti Maulana Maghribi, kami dihidangkan juadah makanan Arab ketika sarapan dan makan malam. Begitulah mereka memuliakan tetamu.


Kami dihidangkan roti, kentang, tomato, telur rebus, minyak zaitun dan zaa'tar untuk sarapan pagi.

 

Hari kedua, Shiekh Mahir memberi peluang untuk kami keluar mencari makanan tempatan di Solo.



Juadah kuih turut disediakan. Kuih yang hampir sama dengan kuih di Malaysia seperti Kuih Serabai, Buah Melaka, Kuih Ketayap. Yang berbeza seperti kuih ketayap berwarna koko dan isinya ada pisang.



Kuih serabai dengan sapuan sedikit coklat di tengah 

Seperti buah Melaka. Rasa yang sama.

Nasi lemak 




Sarapan pagi kami beli nasi lemak yang terdapat bihun, tempe, telur rebus goreng dan sambal geprek yang sangat pedas. Hidangan yang sedap.


Makan tengahari pula, kami dibawa ke restoran Domba Lawu di Bukit Lawu hampir 10 minit dari universiti. Katanya pelajar yang bawa kami ke sana restoran tersebut milik pusat pengajian Esykarima.


Di sana kami pesan nasi putih, samosa, sate domba, sup domba, gulai domba, air avokado dan pelbagai lagi. Alhamdulillah juadah yang sedap juga.




Hidangan yang lazat. Alhamdulillah.





Begitu juga ketika pulang. Kami keluar dari universiti jam 11.30 malam dan sampai di lapangan terbang hampir jam 3 pagi.

Monday, October 27, 2025

Hidangan Arab di Solo. Musafir ke Karanganyar, Solo. Siri 4.



بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 28/2/23


Kami tidaklah mempunyai apa-apa perancangan untuk ziarah ke mana-mana tempat di Solo. Tujuan utama memang untuk melihat suasana pembelajaran di Universiti Maulana Maghribi di Karanganyar, Solo.


Kebanyakan masa hanya berada di universiti. Ada juga keluar makan malam di rumah Sheikh Mahir. Anisah Rima menghidangkan gandum 'frikeh', yogurt, sup dal dan sayuran-sayuran.


Makan malam di rumah Sheikh Mahir


Gandum 'frikeh'dan ayam. 

Alhamdulillah semua anak-anak pun makan. Dimakan bersama sayuran atau yogurt. Alhamdulillah juadah yang lazat dan berkhasiat.



Padi bukit yang banyak di kawasan sekitar 


Bilik yang disediakan untuk kami. 
Alhamdulillah cuaca dingin di sini tidak memerlukan kipas dalam bilik. Seperti di Cianjur.


Jalan di Surabaya


Saya pun tidak tahu langsung yang keluarga Sheikh Mahir ada di Solo. Mereka sampai di Solo sudah 10 hari dan akan menetap di sana selama sebulan untuk memperbaharui visa.


Kami sudah mengenali mereka lebih 20 tahun. Mereka pernah beberapa kali datang Malaysia dan kami pun pernah 2 kali ziarah mereka sekeluarga di Cianjur, Jakarta.


Ketika anak-anak masih kecil dan kini anak-anak sudah hampir habis sekolah menengah dan akan masuk universiti. Masyaallah detik penuh kenangan.


Kami pernah ziarah keluarga Sheikh di  Cianjur, Jakarta pada 2014 dan 2017.



Pagi sebelum itu Sheikh Mahir menghidangkan roti, kentang bersama tomato, halwa, jeruk zaitun, minyak zaitun dan zaa'tar. Alhamdulillah makanan Arab yang menggamit kenangan di Syria.




Saturday, October 25, 2025

Reaksi hati terhadap ujian. Musafir ke Karanganyar, Solo. Siri 3

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/2/23


Masya Allah. Banyak ibrah yang dapat dalam musafir ini. Banyak input yang menusuk kalbu.


Ketika bersembang dengan Anisah Rima, antara kata-kata yang menusuk hati ialah ketika beliau bercerita tentang kehidupan di Syria. Beliau bercerita dalam keadaan tenang dan gembira, masyaallah.


Saya agak pelik bagaimana beliau boleh tenang dan masih bahagia dalam keadaan hidup di Syria yang amat sukar.

Juadah sarapan yang disediakan oleh Anisah Rima kepada kami, antaranya: kentang dengan tomato, buah zaitun, halwa, minyak zaitun, telur rebus dan zaa'tar. Alhamdulillah juadah yang lazat dan sihat.


Elektrik hanya ada 2 jam sahaja sehari. Keperluan barang harian amat mahal, nilai matawang yang jatuh, berkaitan dengan suami yang berada di Solo, Petrol yang hanya boleh diperolehi untuk 25km dalam masa 10 hari, cuaca yang amat sejuk di musim sejuk ini, ditambah pula dengan gempa bumi, Subhanallah.... bagi saya ia adalah satu kehidupan yang amat sukar.


Namun Anisah Rima bercerita dengan bahagia dan tenang. Memahami perasaan pelik saya, Anisah berkata:

" Apa lagi yang perlu kita rasa selain syukur dan redha. Sabar dengan takdir Allah. Ada lagi orang yang lebih sukar hidupnya di Syria dan dia amat redha dan bersabar. Tidak mengeluh, merungut dan bersedih sahaja."


"Sungguh kehidupan di Syria jauh bezanya berbanding sebelum peperangan lebih 10 tahun lalu, tapi ada hikmahnya dengan takdir ketentuan Allah. Hidup perlu diteruskan. Terus optimis dan tidak bersedih."


Masyaallah. Sungguh hati mereka kuat dan tabah. Moga Allah berikan kebahagiaan kepada diri kita semua dunia dan akhirat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...