Saturday, October 25, 2025

Reaksi hati terhadap ujian. Musafir ke Karanganyar, Solo. Siri 3

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Entri ini ditulis pada 27/2/23


Masya Allah. Banyak ibrah yang dapat dalam musafir ini. Banyak input yang menusuk kalbu.


Ketika bersembang dengan Anisah Rima, antara kata-kata yang menusuk hati ialah ketika beliau bercerita tentang kehidupan di Syria. Beliau bercerita dalam keadaan tenang dan gembira, masyaallah.


Saya agak pelik bagaimana beliau boleh tenang dan masih bahagia dalam keadaan hidup di Syria yang amat sukar.

Juadah sarapan yang disediakan oleh Anisah Rima kepada kami, antaranya: kentang dengan tomato, buah zaitun, halwa, minyak zaitun, telur rebus dan zaa'tar. Alhamdulillah juadah yang lazat dan sihat.


Elektrik hanya ada 2 jam sahaja sehari. Keperluan barang harian amat mahal, nilai matawang yang jatuh, berkaitan dengan suami yang berada di Solo, Petrol yang hanya boleh diperolehi untuk 25km dalam masa 10 hari, cuaca yang amat sejuk di musim sejuk ini, ditambah pula dengan gempa bumi, Subhanallah.... bagi saya ia adalah satu kehidupan yang amat sukar.


Namun Anisah Rima bercerita dengan bahagia dan tenang. Memahami perasaan pelik saya, Anisah berkata:

" Apa lagi yang perlu kita rasa selain syukur dan redha. Sabar dengan takdir Allah. Ada lagi orang yang lebih sukar hidupnya di Syria dan dia amat redha dan bersabar. Tidak mengeluh, merungut dan bersedih sahaja."


"Sungguh kehidupan di Syria jauh bezanya berbanding sebelum peperangan lebih 10 tahun lalu, tapi ada hikmahnya dengan takdir ketentuan Allah. Hidup perlu diteruskan. Terus optimis dan tidak bersedih."


Masyaallah. Sungguh hati mereka kuat dan tabah. Moga Allah berikan kebahagiaan kepada diri kita semua dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...