W/pun ini kali kedua kami ke zoo Taiping selepas kepulangan aku dari Syria, tapi kali ini kami pergi beramai2. Tu yg seronok sikit. Lgpun Abbudey pun dah besar. Byk binatang yg dia dah tau nama dlm bahasa melayu n bahasa arab.
Biasalah, pergi Zoo ni, anak2 jelah yg seronok lebih...bapak2 n mak2 kepenatan, tapi, alhamdulillah lawatan kami berjalan lancar kerana hari cerah. Alhamdulillah, sebenarnya takut jg hujan, maklumlah lani kan tiap2 hari hujan...
Dari Zoo Taiping, kami berpatah balik untuk ke Majlis Perkahwinan Mohd.Nasbir bin Yusuf bersama Mariam Jamilah bte Mohd. Yusof.
Kemudian aku bercadang utk ke kenduri perkahwinan seorang pengikut ceramahku di Penang. Namun kita hanya merancang, ALlah yang menentukan. Hujan lebat mencurah2 menyebabkan aku asyik terlepas jalan dan akhirnya sampai ke rumah pada pukul 4 ptg.
-Driver yg keseorangan terus berjuang meredah hujan lebat utk sampai ke rumah walau penumpang semua lena-
No comments:
Post a Comment