Sunday, October 16, 2011

HASIL Tahfiz Mutmainnah yang pertama..MUBARAK!!

Alhamdulillah pada malam Jumaat yang lalu, Tahfiz Mutmainah berjaya mengadakan satu majlis bagi menghargai dan meraikan pelajar yang berjaya menghafaz 30 juz quran pada tahun ini.
Pelajar tersebut Ialah Muhamad Ad-Duri bin Muhammad Syukri ...

Di bawah, gambar sekitar majlis tersebut

Ad-Duri, pelajar pertama yang berjaya menghafaz 30 juz al-quran di Tahfiz Mutmainnah dlm ms 3 tahun penubuhan tahfiz ini.

Beliau menyampaikan dan mencerita pengalaman beliau pada mula memasuki Tahfiz.

W/pun beliau bermula dengan iqra' dan sangat payah untuk membaca al-quran, tetapi berkat kesabaran dan kesungguhan beliau, siapa sangka beliau menjadi pelajar pertama yang habis menghafal quran di Tahfiz Mutmainah!!

Dari kiri: Ustaz Shahril Long (pengurusi Tahfiz Mutmainnah), Encik Muhammad Syukri (Ayah kepada Ad-duri), Ustaz Jamal (Naib Mudir)


Mohammad Daniel Mohd Kassim (pljr yg sudah menjangkau lebih 20 juz) memberi ucapan dan menceritakan pengalaman beliau menghafal quran di Tahfiz Mutmainnah

Sedikit Nasihat dari Mudir Tahfiz Mutmainnah


Ustaz Shahril Long memberi ucapan dan tazkirah kepada hadirin

Para pelajar dan tetamu yang hadir pada malam tersebut

Persembahan Nasyid dari pelajar tahfiz

Antara tetamu yang hadir

Anugerah dan hadiah dari Pihak sekolah kepada Muhamad Ad-Duri atas kejayaann beliau

Muhammad Daniel menerima hadiah kerana telah menjangkau 20 juz

Mohd Fahmiz juga telah melebihi 20 juz

Kamal Hakim bin Adil turut menjangkau 20 juz

Mohammad Syamim juga sudah menghafal lebih 20 juz

Fitrah bin Muhammad Jamaluddin menerima hadiah kerana kerana sgt rajin dalam  membantu  guru2 dan  melakukan kerja2 sekolah

Ikmal b. Abdul Rahim juga antara pelajar yang ringan tulang membantu guru

Mohd Izzuddin bin Mod.Latfee diberi ganjaran atas sikap yang rajin membantu

Beratur untuk mendapatkan hidangan

Didoakan agar semua adik2 ini dapat memantapkan dan mengukuhkan lagi hafazan mereka serta berusaha lebih lagi dalam pelajaran.

KEJAYAAN YANG DIMILIKI PADA HARI INI MESTILAH BERTERUSAN DAN SENTIASA ISTIQAMAH DALAM MELAKUKAN IBADAT DAN MURAJAA'AH AL-QURAN

 Semoga pelajar2 lain turut mencontohi sikap dan akhlak  kawan2 mereka yang baik, seterusnya membawa nama baik Tahfiz di mata masyarakat INsyaALLAH!!!

3 comments:

  1. Syukur Alhamdulillah kehadrat ilahi kerana taufiq dan hidayahnye kepada kedua ibu bapa mereka yg menghantar anak ke tahfaiz ini..juga kepada ustz dan ustzh yg bertungkus lumus..sy faham bagaimana murid yg bermula dgn iqra' dan ckup berbangga dlm 3 tahun dia sudh hafal 30 juzuk hebatttt...teruskan usaha anda murabbi-murabbi sekalian

    ReplyDelete
  2. ustazah. boleh saya tahu, tahfiz ini terima kemasukan pelajar start umur berapa & apakah syaratnya?

    Teringin saya nak tahu, ustazah akan hantarkan anak-anak ke sekolah mana yang akan terus mendorong anak untuk hafaz quran. adakah sekolah pondok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum puan.

      Maklumat tentang Tahfiz Mutmainnah boleh dapati di sini:
      http://www.facebook.com/TahfizMutmainnahTm

      anak2 saya tidak bersekolah tahfiz, hanya belajar menghafaz AL-Quran di rumah sahaja. Sekarang ini anak sulung saya bersekolah di Sekolah Rendah Agama Al Ihsaniah dan terus menghafaz Al-Quran di rumah =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...