Saturday, September 29, 2012

Melatih anak2 melakukan kerja2 rumah.....

بسم الله الرحمن الرحيم

Melakukan kerja2 rumah seperti menyapu, mengemas rumah, memasak, membasuh biasanya dikaitkan dengan kerja2 orang perempuan, tapi sebenarnya ia bukan khusus untuk orang perempuan sahaja (klu camtu org laki2 x payah menyapu, jaga kebersihan dll la ye?)

Jadi, ibu bapa perlulah menyemai rasa sukakan kebersihan dan ringan tulang kepada anak2 tak kira lelaki mahupun perempuan.

Ajarlah mereka melakukan kerja2 rumah yg bersesuaian dengan usia dan tekankan betapa pentingnya menjaga kebersihan

Antara yg terpenting ialah MEMBUANG SAMPAH DALAM TONG SAMPAH DAN MENGEMAS PERMAINAN.

Walaupun nampak mcm remeh je, tp kalau tidak diajar, kanak2 akan suka2 je buang sampah merata2, main bersepah, makan bersepah2, pendek kata semua bersepahlah sbb tak ada yang mengajar tentang kebersihan.


Sekalipun buat aktiviti menggunakan gunting dan kertas, sediakanlah tong sampah yg bersih berhampiran supaya anak2 biasa dengan kebersihan.
gambar lama dari sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/01/berhujung-minggu-dgn-kraftangan-ttg.html
lagi gambar lama Abdullah mengemas Lego di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/04/adik-yg-rajin-mengemas.html
Membantu mencuci kolam ikan di halaman rumah (yg dah tinggal sejarah dan kenangan sahaja)
http://cinta-rasul.blogspot.com/2011/05/mencuci-kolam-ikan-di-halaman-rumah.html

gambr lameeee.....
Begitu juga dengan aktiviti di dapur samada memasak atau membasuh pinggan mangkuk.

Saya pernah menonton rancangan masak Jamie Oliver (di rumah orang lain, sbb rumah kami tak ada astro), yang menemubual kanak2 tadika yg tidak kenal dengan kentang, tomato dll kerana hanya makan makanan yg dah siap seperti burger, kentang gorang dan macam2 lagi.

Buatlah aktiviti yang ringkas2 je macam rebus telur, goreng telur, masak nasik, goreng ayam, masak agar2, yang mampu mereka lakukan..

Abdllah dan Abbudey masak krim karamel di sini:
http://cinta-rasul.blogspot.com/2012/08/jom-masak-simple-krim-karamel-dengan.html

http://cinta-rasul.blogspot.com/2012/08/jom-masak-simple-krim-karamel-dengan.html

http://cinta-rasul.blogspot.com/2012/08/jom-masak-simple-krim-karamel-dengan.html

WP_000646.jpg
Adik tolong basuh pinggan mangkuk



WP_000650.jpg
konon2nya pakai apron sbb x nak bagi basah baju tapi nampaknya dah basah sampai ketiak dah tu
PERHATIAN: JAUHKAN DARI ALAT2 YG TAJAM SEPERTI PISAU DAN GUNTING


WP_000653.jpg
Tolong tarik air sbb rumah kena ribut. Hujan Lebat. 25.9.2012 yang lepas.


Yang ni x payah tolong....BAHAYA...tak cukup umur lg


Begitu juga dengan kerja2 yang melibatkan baju. Basuh baju, sidai baju, laipat baju.... Latihlah anak2 melakukannya agar ringanlah sikit kerja2 si ibu pada masa hadapan (sbb dah ada pembantu....)

Anak 2 org ni pun nak kena ajar dan latih lagi supaya mahir melakukan kerja2 rumah di masa hadapan InsyaALLAH...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...