Saturday, January 5, 2013

Bila budak 4 tahun ingin menyelesaikan masalah budak darjah 1 !

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah Abang Abbudey dah mula sesi persekolahan darjah 1 tahun ini sejak 31 Disember lagi. Bermulalah pengalaman baru di sekolah baru dengan cikgu2 dan kawan2 yang baru.

Alhamdulllah banyak komen positif yang kami dengar dari Abbudey walaupun hari pertama dan kedua sekolah dia demam, tapi tetap nak ke sekolah walaupun dinasihati supaya berehat di rumah.

Apa2pun, kami sentiasa doakan semoga Abang Abbudey terus istiqamah semangat dan excitednya dia ke sekolah hingga tamat pengajiannya disamping prestasi yang sentiasa meningkat. Amin3.




Dari FB Puan NurHidayah Jaafar

Dari FB Puan NurHidayah Jaafar


Sebenarnya ada orang lain juga turut gembira dan excited dengan perubahan persekolahan Abang Abbudey. Adik Abdullah sangat seronok bila melihat buku sekolah abang yang banyak. apa yang abang buat, semua pun dia nak ikut.

Antaranya: nak tulis dalam buku teks sekolah abang dan selesaikan homework abang.

Perasaan yang biasa juga kita alami masa kecik2 dulu. seronok tengok buku yang banyak gambar yang menarik.

Semangat adik utk menyelesaikan masalah dalam buku teks Abang Abbudey saya selesaikan dengan photostatkan halaman berikut. Mujur ada mesin cetak yang 'membantu' di rumah ini. ALhamdulillah...

mesin yang banyak membantu.. ALhamdulillah...

Jom tengok kerja yang adik siapkan dari buku teks Bahasa Melayu abang.


Buku abang belum tulis nama lagi

Tulisan adik pada halaman yang dicetak semula

ini juga adik yang selesaikan

kesemua halaman yang telah siap adik selesaikan
ALhamdulillah!


sebelah kiri: buku abang yang belum diselesaikan lagi, belum diajar lagi di sekolah
Sebelah kanan: Halaman yang diphotostat untuk adik selesaikannya
dan sudah disiapkan. Alhamdulillah!

3 comments:

  1. alhamdulillah bijak betul abang dan adik:)....boleh tak nak mintak izin share tips dan teknik tu kat blog dan fb anis?^_^

    ReplyDelete
  2. :D suke bace ni..sengeh bayangkan adik excited tunggu abg die balik sekolah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...