Saturday, October 28, 2017

Nikmat mengulang hafazan

بسم الله الرحمن الرحيم

"Untung mama sebab tiap-tiap malam mama boleh tasmik hafazan anak-anak." Saya suarakan luahan hati kepada anak-anak selepas selesai sesi tasmik anak-anak pada malam itu.


Walaupun selalunya sesi hafazan setiap malam, terhenti-henti kerana melayan kerenah Ahmad Zaid, berselang seli dengan Solat Isyak dan makan malam, adakalanya tidak dapat dilakukan kerana kesihatan, namun Alhamdulillah rutin hafazan setiap malam ini berterusan lebih 10 tahun. Alhamdulillah.


Rutin lain seperti pengajian kitab sering tertangguh, lupa dan tidak sempat, namun rutin tasmik Alquran, Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk istiqamah hingga ke hari ini.


Buku catatan hafazan untuk panduan hafazan setiap hari


Alhamdulillah, kini Abdul Rahman berbaki 8 juz untuk tamatkan hafazan dan Abdullah berbaki 15 juz lagi.

"Mama tau tak, abang X tu khatam hafazan ketika dia tingkatan 3. Tapi dia cerita lepas dia khatam, dia malas nak ulang, dia buat manzil (ulangan hafazan lama) sehari satu mukasurat ja." Abdul Rahman menyambung cerita pula.

"Sebab tulah masa zaman sekolah untung sebab tiap-tiap hari boleh ulang banyak hafazan. Sebab tu kena ulang sungguh-sungguh. Nanti dah habis sekolah, dah kerja, takde ustaz ustazah dan perhatikan ulangan hafazan kita, kita sendiri yang kena ada sikap tanggungjawab dalam diri kita untuk ulang hafazan kita dan jaga supaya tak lupa." Mama mula bertazkirah tanpa dijemput.

"Kalau malas ulang hafazan, nanti sayang je... Mesti lupa hafazan yang kita dah hafal bertahun-tahun di sekolah." Ayat yang selalu mama ulang-ulang. Moga melekat dalam hati.

"Kalau ada masa yang kita boleh hafaz hafazan baru banyak baris, hafaz je banyak...Nanti mungkin ada masanya nanti, kita tak mampu nak hafal banyak. Masa tu rasa macam otak ni beku, tepu. Hafal-hafal tapi tak dapat ingat. Mama dulu pun pernah jadi macam tu masa mama hafaz Surah Hud dulu."


Allah bantulah kami untuk memuliakan kalamNya. Amin Ya Rabb

2 comments:

  1. MashaAllah hebatnya. Semoga terus istiqomah dalam menghafaz kalamullah dan dipermudahkan dalam mengamalkannya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...