Sunday, December 3, 2017

Ia tak semudah yang dijangka.

بسم الله الرحمن الرحيم


Kini Ahmad Zaid makin menghampiri usia 2. Ahmad Zaid sekarang makin kerap dibawa bersama ke kuliah Maghrib di masjid-masjid.

Sebenarnya, ia tidaklah begitu mudah.

Seringkali Ahmad Zaid merengek, minta dokong apabila sudah jemu duduk mendengar kuliah.

Di awal kuliah:

Kusyuk menyusun pensil warnanya.

Pada ketika ini tiada langsung jemaah muslimat.

Kami memang selalu pilih masjid yang agak lengang supaya jemaah tidak
terganggu dengan kerenah anak yang tidak diduga ini
Walaupun tempoh kuliah lebih kurang 1 jam sahaja, namun ia mungkin satu tempoh yang panjang untuk anak kecil duduk sahaja tanpa bising. 

Abang-abang yang sedang menyalin isi-isi kuliah.

Beberapa minit selepas itu, abang-abang terpaksa berpindah ke tempat yang lain
kerana Ahmad Zaid nak rebut pensil mereka, nak susun dengan
pensil warnanya.


InsyaALLAH Ahmad Zaid juga dapat mencontohi
abang-abangnya dan menjadi lebih baik lagi.

Amin Ya Rabb

Seperti abang-abangnya dahulu, pelbagai bekalan disediakan untuk menarik perhatian Ahmad Zaid dan mengelakkannya dari jemu.

1. Buku dan warna. Ahmad Zaid kan suka lukis 'kuroh'.
2. Permainan
3. Makanan
4. Air
5. Pampers


Untuk mendapatkan hasil yang indah dan baik, teguhkanlah hati untuk menempuh onak duri dan kepayahan.

Semoga ALLAH membantu kita dan memberi kekuatan untuk mentarbiah anak-anak.

Semoga suasana yang soleh ini memberi kesan dalam diri anak-anak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...