بسم الله الرحمن الرحيم
Tengahari Hari Arafah.
Seisi keluarga sedang puasa.
Sambil berehat kelesuan, hari yang amat panas, lalu di wall Facebook perkongsian sahabat tentang putu kacang yang dibuat oleh ibunya untuk dijual.
"Sedapnya. Teringinnya." Begitulah detik hati.
Beberapa jam selepas itu, bangkit untuk Solat Zohor.
Kelihatan sebekas putu kacang di atas meja di dapur.
Terkejut sangat!
"Ya Allah, mana datangnya putu kacang ni? Baru sekejap tadi je terdetik hati teringin putu kacang."
"Acik Syida bagi putu kacang tu." cerita anak-anak.
Ya Allah.. Seringkali engkau memperkenankan lintasan hati hambaMu walaupun belum sempat diluahkan dan dizahirkan. Betapa Engkau Maha Penyayang, Maha Pemurah, Maha Pemberi Rezeki. Perkenankanlah hasrat yang setiap hari kami zahirkan dan panjatkan kepadaMu.
Ampuni dosa kami dan ibu bapa kami.
Kurniakanlah kami anak-anak dan zuriat yang soleh, berilmu, bertaqwa memberi manfaat kepada masyarakat.
Luaskan rezeki untuk kami meneruskan pembangunan institusi menyebarkan ilmuMu dan menegakkan AgamaMu.
Permudahkanlah urusan kami mendidik ummah.
Hadirkanlah insan-insan soleh, berilmu, bertaqwa di sekeliling kami saling menunjukkan jalan mendekatiMu.
Perkenankanlah Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment