Thursday, November 28, 2019

Percutian ke Pattani (Siri 1)

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah pada 13/7/2019 dan 14/7/2019, Hari Sabtu dan Ahad, kami dengan 8 orang keluarga dan kawan-kawan telah menyertai rombongan percutian ke Pattani.

Rombongan dengan sebuah bas dan kereta. Dengan tujuan untuk menziarahi pondok-pondok di Pattani.

Alhamdulillah... Satu perjalanan yang menarik dan memberi banyak info dan muhasabah diri.

Dalam bermusafir pasti banyak perkara yang bersabar dan banyak ketidakselesaan yang perlu ditanggung.

Walaupun adakalanya ia adalah perkara yang remeh, tapi ia tetap tidak selesa seperti isu tandas, kebersihan tandas, tempat berwuduk yang tertutup bagi wanita serta keselesaan tempat solat.

Baba memberikan tazkirah di dalam bas


Anak-anak membawa buku untuk dibaca dalam perjalanan yang panjang ini


Kami bertolak dari Masjid Padang Temusu pada jam 7.30 pagi dan sampai di Pattani selepas 5 jam.

Bayaran untuk percutian kali ini ialah: RM190 untuk seorang. Bayaran merangkumi penginapan di hotel, bayaran bas dan makan.

Tempat pertama yang dituju ialah kedai makan untuk makan tengahari.


Kedai makan tengahari dan sarapan pagi keesokan harinya di sini. Di bandar Pattani.

Makan tengahari adalah nasi berlauk.

Pilihan lauk yang pelbagai

Unik kaki kipas ni

Abang Abbudey suapkan Ahmad Zaid yang baru bangun tidur isi kelapa. Nampak penyayang di situ 😅

Serawa labu dengan kuah santan yang sedap


Dia tulis apa agaknya tu?

Motosikal antik di dalam gerai makan tersebut


Di luar kedai

Banyaknya kamera


Selepas makan, rombongan kami menuju ke rumah Baba Ali.

Beliau adalah seorang penulis Al Quran.

Penulis Al Quran Tuan Haji Ali telah menulis 11 naskah setakat ini dan sedang menyiapkan naskah yg ke 12. Tenang bila dapat menatap wajah ahli al quran ini. 


Di rumah Baba Ali

Beliau menyampaikan tazkirah agar kita sentiasa berpegang teguh dengan Al Quran.

Tidak meninggalkan Al Quran walaupun sehari. Kerana Al Quran itulah penawar bagi hati manusia yang resah gelisah pada masa ini dan jalan penyelesaian bagi masalah yang melanda kita dalam sehari-hari.

Bersama antara al Quran yang ditulis oleh Baba Ali.


Baba mengulas dan menerangkan semula tentang penulis Al Quran, Haji Ali

Menariknya lagi pada setiap pondok yang kami ziarah, mereka amat memuliakan tetamu dengan menghidangkan kuih, roti, manisan dan jus. Masya Allah....

Begitu mereka bersungguh-sungguh memuliakan tetamu.


Insyaallah bersambung pada entri akan datang.......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...