بسم الله الرحمن الرحيم
** Entri ini ditulis pada 1/6/2019
Apa yang saya rasakan tentang pandangan mengapa ingin anak khatam hafazan Al-Quran di usia kecil:
1. Menghafaz Al-Quran akan memaksa anak-anak menjaga Al Quran sepanjang hidup mereka. Membaca Al-Quran membuatkan mereka sentiasa dekat dengan Allah. Kita tidak selamanya dapat menjaga anak-anak, moga keberkatan Al Quran dan penjagaan Allah mengiringi mereka dunia dan akhirat.
2. Kebanyakan Ulamak dan salafussoleh itu adalah penghafaz Al-Quran. Siapakah lagi ikutan kita jika bukan mereka?
3. Apa sahaja bidang yang bakal diceburi oleh anak-anak, Al Quran pasti akan membantu dan memberi petunjuk kepada mereka.
Semoga kita menjadi insan yang memuliakan Al Quran dan dimuliakannya, mencintai dan dicintai Allah Subhanahu wata'ala.
Amin
Semoga anak-anak saya juga diizinkan Allah utk khatam hafaz quran diusia kecil. Amiin.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan Allah. Amin
Delete