بسم الله الرحمن الرحيم
Entri ini ditulis pada 28/7/2020
**Sambungan dari entri yang lepas.
Banyak pengajaran yang diperoleh ketika menjaga baba sakit selepas pembedahan akibat Appendiks pecah.
Antaranya alhamdulillah banyak masa yang boleh digunakan untuk menghafaz dan mengulang hafazan AlQuran juga berzikir sambil hati tak henti-henti berdoa semoga baba pulih sepenuhnya.
Ketika menunggu sahaja, banyak masa kosong, bukan boleh mengemas rumah atau buat tesis seperti masa kita di rumah.
Ketika menunggu sahaja, banyak masa kosong, bukan boleh mengemas rumah atau buat tesis seperti masa kita di rumah.
Masa menunggu baba juga sebolehnya dihadkan memegang Handphone supaya dapat memberikan perhatian kepada baba. Cuba untuk ajak baba bersembang supaya lebih bersemangat dan sihat atau membaca Al Quran.
Bila baba tidur, barulah boleh gunakan masa untuk menghasilkan nukilan di dalam blog ini.
Terasa rugi jika rasa di dalam hati ini tidak dicoretkan dan kemudian dibiarkan lupa dek masa yang berlalu dan kerja yang banyak.
Kawasan di tingkat 3, Hospital Sungai Petani
Setiap pagi ketika doktor membuat pemeriksaan pesakit, penjaga perlu keluar dari wad. Ketika ini masa digunakan untuk mengulang hafazan atau menulis karya dalam blog.
Terfikir juga kalaulah dapat buat tesis, tapi apakan daya, moga Allah permudahkan urusan menulis tesis selepas ini, Ya Rabb.
Menunggu di sini sambil tulis blog dan melihat orang di bawah lobi hospital itu. Terus terfikir jika kita boleh memerhatikan orang tanpa mereka perasan, betapa Allah Yang Maha Melihat itu sentiasa memerhatikan kita. Allah... Semoga kita sentiasa dalam amal soleh.
Menunggu sambil memberi nasihat dan semangat kepada anak agar menjaga hafazan.
Ada kisah kelakar di sebalik peristiwa ini.
Mama pesan kepada Abang Abbudey agar membawa Al Quran tafsir yang kecik untuk mama di hospital, namun oleh kerana tak jumpa, abang Abbudey bawakan Al Quran tafsir yang besar.
"Nampak sangat dia nak suruh mama ulang Al Quran itu banyak -banyak. " Gelak mama dan baba.
Akhirnya mama pinjam al Quran kecil dari surau di wad.
Alhamdulillah ada. Kalau al Quran besar, sukar dan berat untuk dipegang selalu.
Ibadah solat tahajud juga tetap dapat didirikan dengan istiqamah walaupun dalam keadaan sakit, sesungguhnya solat itu dapat didirikan dengan mudah mengikut situasi semasa kita.
Untuk baba, mama tolong baba berwuduk menggunakan botol spray. Walaupun baba terbaring, tetap dapat tunaikan solat.
Jika kita istiqamah menunaikan solat tahajud ketika sihat, pasti dirasakan kekosongan apabila tidak dapat melakukannya.
Insya Allah Allah permudahkan kita untuk kita beribadah kepadaNya.
10 minit sebelum azan subuh, mama akan gerak baba, tolong baba berwuduk dengan spray dan baba boleh tunaikan Solat Tahajud, selepas beberapa minit boleh terus tunaikan solat subuh selepas azan subuh.
Alhamdulillah. Allah permudahkan kita untuk mendekatiNya.
Insya Allah Allah permudahkan kita untuk kita beribadah kepadaNya.
10 minit sebelum azan subuh, mama akan gerak baba, tolong baba berwuduk dengan spray dan baba boleh tunaikan Solat Tahajud, selepas beberapa minit boleh terus tunaikan solat subuh selepas azan subuh.
Alhamdulillah. Allah permudahkan kita untuk mendekatiNya.
No comments:
Post a Comment